minggu lepas. aku dan rakan-rakan kelas aku pergi mandi air terjun Sg Kanching di Rawang. gara-gara tekanan peperiksaan hampir, kami memutus untuk berkelah pada hari Ahad melepaskan tekanan. Alhamdulillah, kami sampai dalam jam 10 pagi dari Shah Alam. keadaan air terjun berderu laju namun tenang. setenang hati yang mulanya serabut memikirkan peperiksaan dan beberapa tugas yang tidak selesai-selesai. teringat kata-kata seorang sahabat. kita akan berasa tenang bila kita berada didalam hutan. tidak seperti di bandar, ditengah-tengah keramaian orang. tahu sebab apa? dan sahabat saya terus mengalunkan ayat al-Quran "Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun" Al Israa' (44). benar. kita rasa tenang apabila berada didalam majlis zikir. ini kerana hanya mengingati Allah, hati menjadi tenang. namun. ketenangan kami pada pagi itu tidak lama. diganggu sekumpulan remaja lelaki perempuan yang lagak berpesta di dalam hutan.tanpa mengenal erti muhrim. bebas bergaul, berpegang. dan tidak menjaga aurat. aku mula terbayang keadaan adik adik aku yang membesar didalam keadaan seperti mereka. moga Allah mempelihara keimanan mereka.
Wednesday, April 20, 2011
Sunday, April 10, 2011
kau bikin aku berapi didalam bilik berakon.
ini cerita pasal api. api dalam diri yang semua antara kita ada. api kemarahan. aku nak cerita pasal api kemarahan aku. cerita yang berlaku pada minggu lepas. cerita pasal api kemarahan aku. minggu lepas, aku bertapa di fakulti untuk menyiapkan assigment yang berhabuk tidak disentuh saat pertama kali assignment itu disuruh buat. dan menjadi kebiasaan kanak-kanak genius, melakukan kerja-kerja di saat-saat akhir memang menjadi tabiat kami. Alhamdulillah, assignment berhabuk kini sudah berkilat, cuma belum di cetak sahaja. aku gegas mendapatkan kedai cetak tingkat bawah fakulti aku untuk menyempurnakan pertapaan aku. seperti biasa, aku perlu beratur untuk mencetak assignment, kerana aku bukanlah anak raja atau anak tauke kedai cetak. aku akur dengan perkara beratur itu. tetapi beratur ada lain sedikit beraturnya. beratur yang tidak bergerak. maksud aku, aku beratur terlalu lama untuk mendapatkan giliran mencetak. perasaan ingin tahu aku meluap.bersama peluh. aku memanjangkan langkah, dan memerhati apa yang dibuat oleh sorang mamat yang agak liar menekan papan kekunci komputer. kau orang semua mesti dapat agak apa yang aku mualkan. betul, mamat tu mengedit tesis di tempat mencetak. dan paling aku tak tahan posisi dia bersila dihadapan komputer itu, bagai dekat rumah ayah dia. sambil menghiraukan orang beratur panjang dibelakang. dan aku hilang sabar. yang aku tahan lama, aku tukar lane beratur, dan ketika giliran aku, mamat tu masih rajin liar mengedit tesisnya. tuhan saja tahu perasaan api aku bagaimana ketika itu. hampir sahaja terlewat menghantar assignment. akhirnya, ketika aku keluar, tiba-tiba api itu terus padam. dan ketika itu, baru aku perasaan, ketika didalam kedai itu, aku dihembus tuan api. astaghfirullah:)
Saturday, April 2, 2011
ini cerita april fool aku!
10 tahun dahulu, masa itu aku yang mewakili Sekolah Rendah Seri Murni dalam pasukan bola sepak, badminton, coral speaking, sering kali menunggu tiba tanggal 1 April. Masa itu, aku memahami kita semua boleh berbohong, berdusta, bergurau gila dengan ketibaan 1 april. apa dihairankan, kan 1 April sudah menjadi tradisi kita untuk menipu ketika itu. Masa terus berlalu sehingga ada satu perkara yang benar-benar buat aku tidak boleh lupa bila 1 April datang. Lebih tepat masanya 1 April 2008. Dimana aku baru menerima keputusan SPM 2007. Yang agak teruk bagi aku. bagi aku. Ketika itu memang batch aku hangat bersama forum. Masing-masing bercerita mengenai kejayaan masing-masing dan merencana perjalanan kehadapan manakala aku memandang keputusan yang aku ramal sekadar mengaji didalam negara. Sebelum itu memang aku ada memohon mengaji di Jepun dibawah tajaan JPA. Sekali lagi memandang keputusan yang sekali lagi aku ramal sekadar mengaji didalam negara. Tiba-tiba, aku terima panggilan dari rakan sekolah aku, Anam yang kini berada di Jepun, menanyakan perihal aku yang tidak datang temuduga JPA di PICC Putrajaya. Dan aku lihat kalendar di dinding, aku gelak dan sangkaan aku April Fool. Tetapi kawan aku sorang ini serius kali ini. Tiada unsur humor dapat aku tangkap. Terus aku bergegas menyemak di laman web JPA. Ternyata nama aku memang ada dalam senarai temuduga. dan aku terduduk sekejap. Lalu sekali lagi bergegas mendapatkan abah yang menghantar aku ke PICC. dan aku gagal didalam temuduga itu, yang mana aku rasakan aku memang sepuluh kali tidak bersedia. dan ini disebabkan aku memikirkan perkara ini APRIL FOOL. dan masa masih terus berlalu. semalam 1 april. kini aku memahami kita semua tidak boleh berbohong, berdusta, bergurau gila dengan ketibaan 1 april, atau apa tarikh. apa dihairankan, kan 1 april sudah tidak menjadi tradisi kita untuk menipu ketika ini. dan ini antara indikator syiar islam mula berkembang..
Subscribe to:
Comments (Atom)