Wednesday, April 20, 2011

mandi sungai?tasbih?

minggu lepas. aku dan rakan-rakan kelas aku pergi mandi air terjun Sg Kanching di Rawang. gara-gara tekanan peperiksaan hampir, kami memutus untuk berkelah pada hari Ahad melepaskan tekanan. Alhamdulillah, kami sampai dalam jam 10 pagi dari Shah Alam. keadaan air terjun berderu laju namun tenang. setenang hati yang mulanya serabut memikirkan peperiksaan dan beberapa tugas yang tidak selesai-selesai. teringat kata-kata seorang sahabat. kita akan berasa tenang bila kita berada didalam hutan. tidak seperti di bandar, ditengah-tengah keramaian orang. tahu sebab apa? dan sahabat saya terus mengalunkan ayat al-Quran "Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun" Al Israa' (44). benar. kita rasa tenang apabila berada didalam majlis zikir. ini kerana hanya mengingati Allah, hati menjadi tenang. namun. ketenangan kami pada pagi itu tidak lama. diganggu sekumpulan remaja lelaki perempuan yang lagak berpesta di dalam hutan.tanpa mengenal erti muhrim. bebas bergaul, berpegang. dan tidak menjaga aurat. aku mula terbayang keadaan adik adik aku yang membesar didalam keadaan seperti mereka. moga Allah mempelihara keimanan mereka.

No comments:

Post a Comment