Saturday, February 26, 2011

stop this madness!!!!!


semalam aku balik rumah. memang jadi kebiasaan kalau di hujung minggu aku akan balik rumah. di rumah tidur aku lebih nyenyak. mandi aku lebih segar, makan aku lebih kenyang. Dan semalam masa aku balik, malamnya ayah aku tunjukkan iklan seperti dibawah


aku cakap. membazir sangat majlis macam nie. Barakah Allah cukuplah. aku cakap bajet paling besar pun RM20k. ini berdasarkan congak kasar<3
wang hantaran: rm 8k.
kenduri: rm 10k.

p/s:gile tak matang aku punye congakan.
lambat lagila aku nk bernikah!!!


dan aku selalu curang cinta yang satu ini..

adat berukhwah. hilang dimata, dihati tidak. sehingga bertemu di surga.
"Dakwah adalah cinta.
 Cinta akan meminta semuanya dari dirimu.
 Sampai perhatianmu, berjalan, duduk & tidurmu.
 Bahkan ditengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah. 
Tentang umat yang kau cintai. 
Lagi-lagi memang seperti itu dakwah, menyedot saripati energimu. 
Sampai tulang-belulang"
 ( Rahmat Abdullah )

Tuesday, February 22, 2011

saya tidak memilih untuk memilih:(

“Para hadirin sekalian, sesungguhnya aku telah terpilih sebagai pimpinan atas kalian dan bukanlah aku yang terbaik. Maka jika aku berbuat kebaikan bantulah aku. Dan jika aku bertindak keliru maka luruskanlah aku. Kejujuran adalah amanah, sementara dusta adalah suatu pengkhianatan. Orang yang lemah di antara kalian, sesungguhnya kuat di sisiku hingga aku dapat mengembalikan haknya kepadanya, insya Allah. Sebaliknya siapa yang kuat di antara kalian, maka dialah yang lemah di sisiku hingga aku akan mengambil darinya hak milik orang lain yang diambilnya. Tidaklah suatu kaum meninggalkan jihad di jalan Allah kecuali Allah akan timpakan kepada mereka suatu kehinaan, dan tidaklah suatu kekejian terbesar di tengah suatu kaum kecuali adzab Allah akan ditimpakan kepada seluruh kaum tersebut. Patuhilah aku selama aku mematuhi Allah dan RasulNya. Tetapi jika aku tidak mematuhi keduanya maka tiada kewajiban taat atas kalian terhadapku. Sekarang berdirilah kalian untuk melaksanakan shalat semoga Allah merahmati kalian.” (Ibnu Hisyam, as-Sirah an-Nabawiyah 4/413-414, tahqiq Hamma Sa’id dan Muhammad Abu Suailik)


Umum tahu pilihanraya kampus mengubah suhu darjah di sesebuah universiti. Dan semalam berlaku proses pengundian di UiTM Shah Alam, umumnya di Fakulti Sains Gunaan, tempat aku mencuri-curi pandangan pertama diatas keSINGKATan dan keKETATan otak sesetengah pelajar. Di UiTM, umumnya Fakulti Sains Gunaan keadaan tidaklah seperti di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, atau Universiti Islam Antarabangsa. mungkin kerana hak-hak kami sebagai pelajar merangkap melayu dan peribumi dijaga dengan begitu baik sekali, mana mungkin berlaku pemberontakan seperti di Mesir. dan proses pemilihan berjalan dengan bulat. cuma aku tertarik dengan setiap gaya kepimpinan calon. masing-masing ada gaya dan cara tersendiri bagi menjerat pelanduk undi kami. Ada yang berjaya gaya, ada yang disinis sia-sia. Walau apa pun. tahniah bagi yang berjaya dan selamat menjalankan tugas:)


”Seorang imam (khalifah/kepala negara) adalah pemelihara dan pengatur urusan rakyat dan ia akan dimintai pertanggung jawaban atas urusan rakyatnya.” (HR Bukhari dan Muslim)


p/s:siapa pun anda, 
anda makhluk tuhan yang sedang memikul 
sekeras gunung di belakang anda. ini termasuk saya.

sms jam 4 pagi:)

Kerna namaku manusia,
maka wajar diriku untuk melemah,
aku lemah, kerana itu aku bermaksiat,
aku lupa, kerana itu aku tidak beribadah,
aku manusia, kerana itu aku lupa,
aku hamba, kerana itu aku kekurangan
....
cukuplah akhi, 
cukuplah kepada dirimu alasan diberi
jangan kepada tuhan alasan itu kau beri,
kerana alasan tidak akan mengubah apa-apa,
yang sepatutnya 
kita tampilkan keteguhan kita untuk membaikinya
-salam tahajud-


Ini antara isi pesanan ringkas yang aku terima jam 4 pagi.
 Aku manusia dan disebabkan itu aku menarik selimut kembali:(

Monday, February 21, 2011

awak suka budak tudung labuh eh?

Cinta itu hadiah. Hadiah dari Allah. Mana satu aku harus utamakan? Hadiah ke pemberi hadiah? Tentula hadiah. (kalau aku hamba yang tidak bersyukur) tapi Alhamdulillah, aku masih berasa perlu melebihi segala-galanya terhadap pemberi hadiah. Alhamdulillah sekali lagi kerana menjadikan cinta ku cinta yang teratas. Kurang-kurang buat masa ini dan aku memohon pada pemberi hadiah agar ditetapkan hati ku pada-Nya. Terbit sang matahati pada suatu hari bersama pesanan ringkas dari seorang rakan yang comel:) "awak suka budak tudung labuh eh" aku melayang sekejap. teringat kepada mbak oki setiana dewi:) kalau hati aku yang jawab, akan hati aku cakap, saya tak suka budak yang sekadar bertudung labuh. Tetapi dia mestilah:

.melabuhkan juga akhlaknya
.melabuhkan setiap malamnya dengan Qiam.
.melabuhkan setiap Subuhnya dengan Mathurat.
.melabuhkan setiap pagi hari-harinya dengan Dhuha.
.melabuhkan lidahnya dengan Istighfar.
.melabuhkan setiap tujuh harinya dengan sekurang-kurangnya tiga juzuk Quran.

Dan segala nilai yang dikira baik oleh pemberi hadiah juga boleh dikira:) Tetapi, aku juga harus sedar. Manusia ada limitasi yang memagari segala perancanaan kita sebagai manusia. Cuma terkadang manusia itu lupa dia itu manusia. mana mungkin ada antara kita sempurna. bahkan Anna Altahfunnisa pun ada salahnya. klik sini:)namun. apa yang penting, kita harus belajar:)

aku jawab soalan diatas dengan  nada bergurau, "saya suka perempuan seksi macam Scha" :P 

Sunday, February 20, 2011

kau dah pandai bagi duit kat betina an!

Semalam, masa Maghrib aku ke surau dengan menaiki motor ex5 adik aku. Kebetulan dia kerja syif pagi. Dapatlah aku guna motor dia ke surau. Dan dia bertanya pada aku, "kau nak ke mana dengan motor aku?" aku jawab, "surau". Begitulah aku dengan adik aku. Kurang mesra. Sekali lagi dia tanya, "asal naik motor, jalan kaki sudah, ingat aku isi minyak dengan air sejuk dalam peti ais yang kau selalu habiskan tu ker?" aku jawab, "nak pergi bank, bank-in duit dekat kawan". Dia buat muka pelik, "kau nk bank in berapa?dekat sapa?" aku jawab, "member.nk guna duit" terus dia sambung "kau dah pandai bagi duit kat betina an!" abah dah tau?!" aku jawab."betina mendenya..member lelaki, abah belum tahu. nnt aku bagitahu" aku terus meluncur angin diatas ex-5. takut-takut kalau lagi lama aku tunggu disitu sambil disuap tuduhan tidak berasas, aku bertukar menjadi super-banjar.(bukan supersaiya). lepas maghrib, aku pergi ke bank dan bank-in duit kepada sahabat yang bernama Muhammad Nur b. Selamit.
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : Siapa yang menyelesaikan kesulitan seorang mu’min dari berbagai kesulitan-kesulitan dunia, niscaya Allah akan memudahkan kesulitan-kesulitannya hari kiamat. Dan siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan niscaya akan Allah mudahkan baginya di dunia dan akhirat dan siapa yang menutupi (aib) seorang muslim Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan akhirat. Allah selalu menolong hambanya selama hambanya menolong saudaranya. Siapa yang menempuh jalan untuk mendapatkan ilmu, akan Allah mudahkan baginya jalan ke syurga. Sebuah kaum yang berkumpul di salah satu rumah Allah membaca kitab-kitab Allah dan mempelajarinya di antara mereka, niscaya akan diturunkan kepada mereka ketenangan dan dilimpahkan kepada mereka rahmat, dan mereka dikelilingi malaikat serta Allah sebut-sebut mereka kepada makhluk disisi-Nya. Dan siapa  yang lambat amalnya, hal itu tidak akan dipercepat oleh nasabnya.
(Riwayat Muslim)
Muhammad Nur atau aku senang memanggilnya Mat Nur adalah seorang Sabahan Muslim. seorang Muslim yang amat komited dalam melakukan amalnya. aku banyak belajar mengenai sifat manusia dengannya. lebih kepada seorang abang, aku angkat dia sebagai tempat aku merujuk jika jiwa aku keliru dalam melalui hari-hari. Amat gemar aku dengar alunan suaranya membaca ayat-ayat Al-Quran. Kini, beliau sudah menamatkan pengajannya dan pulang ke Sabah. tempoh hari aku mendapat berita dari mat nur bahawa ayahnya dimasukkan ke dalam Hospital disebabkan penyakit yang tidak diketahui, dan Alhamdulillah, ayahnya sudah beransur sihat. Isnin ini dia akan ditemuduga di Kota Kinabalu sebagai pensyarah di sebuah politeknik disana. Dan perjalanan dari Sandakan ke Kota Kinabalu memerlukan perbelanjaan yang besar. dan aku amat berbesar membantu sosok yang bernama Mat Nur ini atas dasar kecintaan kerana Allah. Sumpah dik, aku takde simpan betina!oh, lupa.aku tak bagitahu abah lagi.nanti-nanti la:P
(m.nur baju biru disebelah kanan depan)

Saturday, February 19, 2011

lewat lab dr.siti.sengih aku jawab soalnya.haha.

Kau orang semua selalu masuk lewat kelas@lab? soalan aku patutnya lebih menada, kau orang pernah masuk awal kelas@lab? :) Aku nak cerita tentang cerita aku lewat masuk lab. Ok. Lab yang aku ingin cerita ini lab Dr. Siti. Dia mengajar aku subjek Deterioration & Protection bio-comp. Bagi aku, dia satu sosok yang penuh hikmah bila berbual. Aku tak dapat nak agak dari riak wajah dia, dia bergurau atau serius. Tentu sahaja keadaan ni bahaya bagi aku yang sudah sedia ada didalam keadaan bahaya. Hari Jumaat itu, lab bermula tepat jam 3. Dan aku terlewat hampir 20 minit. Aku ditemani peluh-peluh deras, ditambah bahang akibat berjalan kaki dari Pusat Islam, juga akibat hormon-hormon didalam badan tidak stabil. Mungkin disebabkan rasa takut dimaki. Mungkin. Dan kemungkinan itu tidak terjadi. Aku tidak dimaki. Aku berjumpa dengannya dan memberi kehadiran. Dan dia pulangkan kuiz tempoh hari. Tidak habis disitu, bermula sesi soal jawab dengan Dr.Siti. "awak ni dari mana?"dalam hati aku nk cakap dari Pusat Islam tapi disebabkan aku pintar,aku tidak jawab macam itu, ini kerana aku terlalu khuatir yang amat sangat dia akan menyerang aku kembali dengan soalan, "awak buat apa lama sangat?"..aku terdiam sebentar. Terpana. Terkesima. Terkucil tidak sama sekali. Tiba-tiba ada suara kecil,halus menjawab "dia dari Jati, jauh! dia jalan kaki!bas lambat!"


Aku diam. Aku tak iyakan,tak nafikan apa yang suara kecil, halus 2 jawab sebab apa yang dia cakap tidak benar. Aku harap aku berlepas dari apa yang diucapkan. Takkanla aku nk menjawab -"lepas solat Jumaat, saya ada majlis tadarus dengan kawan-kawan. sebab itu saya lewat"..cukuplah lewat lab Dr. Siti. Sengih aku jawab soalnya. Haha. Oh ya, aku dapat markah terendah quiz itu!

Thursday, February 17, 2011

tunisia.mesir.bahrain?

Bahrain. Antara sekutu kuat Amerika yang didalangi Raja Hamad bin Isa al-Khilafa. Rakyat Bahrain belajar dari guru Tunisia dan Mesir. Ditambah tiupan semangat oleh Ayatullah Sheikh Isa Qasim. dan Khamis lalu, tentera Bahrain telah menumpahkan darah penunjuk perasaan di Bulatan Mutiara. Lebih 15 orang syahid termasuk lima kanak-kanak. ya, kanak-kanak tak terlepas dari korban darah revolusi ini. revolusi hanya dengan darah.

Monday, February 14, 2011

dari dalam bulatan.keluar kehidupan.

Aku rasa senang sekali didalam bulatan. Duduk membaca surat-surat dari Kekasih bersama teman. Kau baca aku dengar. Aku baca kau dengar. Selalu juga bacaan aku kau betulkan. Buat aku rasa bagai dadah nikmat memenuhi saraf jiwa aku. Seterusnya:

(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran al-Quran)? (Muhammad: 24)


Teringat didalam bulatan. Ada seorang yang aku kenal kerana Allah, menceritakan kepada aku hakikat Islam, khususnya di luar bulatan. Amnya di luar negara kita. "Di Malaysia, pemodenan telah menyebabkan kita secara tidak langsung menerima budaya barat. Lihat sahaja gejala sosial yang datangnya bukan dari bulatan budaya kita seperti pergaulan bebas didalam parti-parti liar, meminum arak yang dianggap maju, dan pelbagai cara hidup tidak bertuhan. ini natijah daripada pemodenan di Malaysia. tetapi di Malaysia sahaja. Kalau di Negara Barat yang lain pula, babak 180 darjah diputarkan. Kebanyakan negara-negara barat, akibat dari pencerahan pemodenan, mereka mula membuka tingkap bagi suria hidayah. Semakin banyak dari mereka dijinakkan hatinya dengan Islam. Ini kerana pengetahuan mendekatkan hamba dengan tuhannya. Dan sekali lagi aku teringat kata-kata seorang yang aku cinta kerana Allah. ketika berlaku peristiwa 11 september, dia merupakan antara yang terkena tempiasnya. Ketika ingin pulang ke Malaysia dari Australia, sebagai penganut Islam, merupakan antara indikator tinggi seorang pengganas. Dan beliau ditanya pihak berkuasa di lapangan terbang, "are you practicing Islam as your lifestyle?how many times do you perform prayers?" dan kalian mengerti bukan apa yang ingin aku sampaikan? Aku ada kawan cina. Menanyakan perihal solat. Dia seakan terkejut aku menjawabnya solat perlu wajib dilakukan lima kali sehari. Dia terkejut kerana dia punyai rakan muslim yang tidak solat.. Dari dalam bulatan, keluar kehidupan. dan kehidupan ini bulatan yang sangat luas.

Sunday, February 13, 2011

jika inginkan fatimah,jadi ali.

Hari ini, pertama kali aku pijak kaki dekat bangunan kejuruteraan UiTM Shah Alam atas alasan menghadiri program seperti tertera diatas. Sehari sebelum, aku bersama akh Faris dan akh Adib menyediakan makanan untuk para peserta. patah pinggang mengangkat kotak-kotak minuman dan roti. Tapi tidak mengapa. aku sudah lama tidak berpeluh begini. Peluh kerana Allah yang tidak sirna ditelan masa. Sesi pendaftaran bermula seawal 8.30 pagi yang sepatutnya bermula 9.00. Ah.semangat sangat si tudung labuh. Sahaja menarik perhatian kami kaum lelaki untuk datang awal. Tolonglah. Kaum pemuda tak gelojoh. Pukul 11 pun kehadiran kami renyai-renyai ok. Aku yang mana, tahap segannya, mengalahkan hantu-hantu dalam cerita seekers(malu utk menunjukkan diri) jadi kekok untuk berurusan dengan si tudung labuh. (bukan kene buat apa pun) jadi usher untuk muslimin je pun. tpi aku rasa macam diperhatikan oleh seseorang.(khayalan aku). Dan forum bermula pada pukul 10 pagi. Maaf.aku tak larat nk masuk kan semua isi forum. Sebab aku malas. rasional bukan? Tapi aku dapat isi penting dalam forum ini. sebelum ni aku selalu ingat dengan bernikah, aku dapat menyalurkan segala nafsu, kemahuan, keperluan aku dipenuhi dengan cara yang halal. ok.itu memang betul. tapi kalau macam tu, sekeliling kau surga.Surga. bukan dunia yang mana Allah mengisahkan dalam kitabnya:

“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (al-Mulk : 2).

Dan siapa yang lebih baik amalannya. Berkahwin itu amalan. Dan kehidupan selepas kahwin juga amalan. Takkan amalan yang terbaik hanyalah memuaskan nafsu dengan cara yang halal. Bukan .dan tentu bukan. Dan perkahwinan itu melengkapkan agama seseorang.  Dan tadi aku belajar,dari berkahwin, bagaimana dapat mengubah dunia hari ini. Dengan baitul muslim.Baitul muslim. Dimana dengan membina keluarga sakinah. Seterusnya secara tidak langsung membina masyarakat yang faham Islam secara keseluruhan. dan peringkat seterusnya. Negara Islam. seterusnya Kilafah Islam sebelum empayar Islam dan tujuan tertinggi, menjadikan Islam Ustaziatul Islam. dan ini dipanggil Maratib Amal. Dan jika dilihat,aku tertinggal bahagian paling penting iatu mentarbiah diri. Aku masih di peringkat pembentukan individu muslim. Jauh lagi jalan ini. Namun jika bukan aku merasa nikmat islam, pasti anak cucu kita merasanya. Jangan pernah berhenti berbuat:)

konklusi ini, jawapan kepada inferens aku.

kalian semua sudah sedia maklum, husni yang tak mubarak sudah berundur. dan mungkin bercuti ke luar negara. klik sini. mungkin husni yang tak mubarak itu mahu beruzlah. mungkin. jadi sudah berjaya la revolusi mesir!

ok. pulang ke realiti. siapa pengganti husni yang tak mubarak eh? dengar-dengar kuasa dipindahkan kepada Supreme Council of the Egyptian Armed Forces, yang diketuai oleh Jeneral Mohammed Tantawi. Siapa dia ni? foto diatas mungkin boleh bagitau kita. dan saat ini, kita kena menunggu hingga september. arfgh!!!!aku mahu lihat revolusi lagi!!!! owh.kita boleh lihat revolusi di algeria, yaman..sekurang-kurangnya mungkin.

Thursday, February 10, 2011

jika aku dijulang, tinggi.



Aku memang suka dijulang. Lagi tinggi, lagi bagus. Dan aku tidak selalu dijulang. Kalau dijulang, jatuhnya lagi malang. Tapi aku masih suka dijulang. Lagi tinggi lagi bagus. Dan kalau aku mengaji di mesir, aku ingin dijulang. seperti bayi biru. Bagi aku, bayi itu mewakili generasi baru mesir. dijulang menyaksikan penentangan kerajaan kuku tirani. Mesir selepas ini, dilihat dari mata bayi itu, punyai tiga potensi iaitu:



  1. Gagal. keadaan akan berlarutan dimana askar/polis akan diupah untuk membuat kacau. penjenayah akan dibiar bermaharajalela. dan lama kelamaan, rakyat akan putus asa untuk revolusi. sudahnya, Husni Mubarak kembali menstabilkan keadaan dan Israel kembali menari.
  2. Campur tangan kuasa luar. US dan Israel. Israel tidak akan berdiam diri jika Ikhwanul Muslimin dapat memimpin Mesir. Seorang juru cakap Ikhwanul Muslimin, Muhammad Ghannem, memberitahu agensi berita Iran berbahasa Arab, Al-Alambahawa kononnya jika Ikhwanul Muslimin berkuasa mereka akan menutup laluan Suez serta merta, memotong bekalan gas dari Mesir ke Israel, dan menyediakan rakyat Mesir untuk berperang dengan Israel.
  3. Ikhwanul Muslimin menerajui Mesir. Mesir akan menjadi kekuatan buat Palestin. Sekali lagi, US dan Israel tidak akan berdiam diri. mungkin akan terjadi perangsaudara ala-ala Iraq-Iran yang didanai kuasa luar.

p/s:dan tiga potensi diatas, hanya potensi yang aku fikirkan.mungkin beribu potensi boleh terjadi.

Wednesday, February 9, 2011

dan kalau hidup itu ujian, hari-hari adalah gurunya.

Memang aku tak suka diuji. Dipuji selalu. Semalam aku diuji. Bagaimana menaiki tangga ke tingkat enam membawa beban komputer riba dibelakang ditambah dengan tekanan penuh di punggung untuk dilepaskan. Ujian itu getir. Dan aku tak mahu menceritakan apa yang terjadi selepas itu. Ujian itu getir. Dan kita akan sentiasa diuji. Selagi kita melaba udara, ujian merupakan makanan kita. Esok aku ada dua ujian. Kertas BCT 505 dan BCT 497. Dan lucunya, aku sehingga sekarang susah nak bezakan antara isi dua kertas ini. aku harap lelucuan ini boleh dijadikan modal untuk aku bergelak pada waktu aku tidak boleh mengisi antara ruang-ruang jawapan ujian ini. Dan ini ujian kertas. Sekadar kertas. Dan kawan-kawan ku, ramai yang bersedia sebelum ujian. Dan gamaknya, makin mereka lama bersedia, makin mewah laba mereka jana sewaktu menjawab ujian. Dan ini ujian kertas. Sekadar kertas. Dan kita tahu benar, hidup ini merupakan ujian. Ujian besar. Mana maharnya ruang waktu kita diatas bumi. Sudahkah kita bersedia menjawab ujian kehidupan yang mana loceng dewannya berdering tidak mengenal masa. Tidak pantas sesaat. Tidak lewat sesaat. Dan, ayuh, bersedia semahunya bagi ujian besar hidup. Jawab ujian dan kita bakal diakui mukmin:) 

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).


p/s:selamat menjawab esok teman-teman:)

Tuesday, February 8, 2011

ok.ini hal serius.serius hal ini hal serius.so be serious.

Malam kali ini pekat sekali. Nungkin petang tadi aku bergelumang dengan lumpur maksiat membuat malam ku pekat. Malam kali ini pekat sekali. Tetapi tidak sepekat serius kali ini. Ada seperkara yang aku ingin berkongsi dengan kalian wahai pekat-pekat malam. Agar tidak menjadi terlalu pekat. Kenalkah kalian dengan Mohseen Namjo? Penyanyi berketurunan Iran ini akan mengadakan persembahan konsert di Kuala Lumpur City Center pada 18 Februari ini. untuk maklumat, klik sini. Jadi apa masalahnya? Sialan maha pekat ini merupakan penyanyi yang menyanyikan lagu-lagu menghina Al-Quran dan mempunyai elemen-elemen yang amat tidak sopan.boleh klik sini untuk ulasan album si maha pekat ini. Jadi sebarkan dan suarakan suara cahaya yang boleh menghalang si pekat satu ini. Ni hal serius.Serius hal ini hal serius.So be serious.

Saturday, February 5, 2011

inilah makanan kita.


Ahad. Memang kalau ada hari selain Ahad, aku pilih hari lain. Dan hari ini hari Ahad. Ahad lepas, gunung assignment aku masih tinggi.dan hari ini hari Ahad, gunung assignment aku masih tinggi. Dan aku betapa malas nak memikul gunung-gunung kerja aku untuk ladang Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan semestinya Ahad kembali menggunung assignment-rungut petani UiTM. Dan ini membenarkan surat dari Kekasih yang aku sering lupai walhal tanpa jemu Dia terus mengirim segelas udara bagi setiap saat untuk aku hirup.

Demi masa. Sesungguhnya manusia didalam kerugian. Melainkan orang-orang beriman dan beramal soleh. Dan mereka pula menasihat kepada kebenaran dan kesabaran.(103:1-3)

tiga kali seminggu..


Ini cerita pagi ini. Pagi yang mana subuh aku pukul 7 pagi. meja aku berserabut dengan buku-buku yang mana meminta untuk dicabul dengan rakus oleh jari dan minda aku. tapi aku tak larat. jadi pemandangan buku berterabur memang biasa diatas meja aku. salah satunya buku diatas. antara buku terbaru aku dalam koleksi selepas Tuhan Manusia. ini cerita pagi ini. Mak aku rajin mengemas meja aku. dan dia bertanya, "man, ni buku apa? apa yang tiga kali seminggu?" aku terdiam. dlm hati aku jawab, "dia pandai-dia tidak mengedik pada setiap masa-dia memilih tiga kali seminggu sahaja."-kemas meja sendiri lain kali.

Jika Tunisia itu sekolah, Mesir itu cikgu, diharapkan Malaysia pelajarnya:)

Kita dikejutkan dengan berita Mesir bergolak. Itupun atas dasar kepentingan 11000 lebih rakyat kita yang menuntut dan bekerja disana..bukan sehari dua mesir diramal bergolak. ramai sudah menjangkakan perkara ini. teringat kata-kata seorang ikhwah. Manusia ada limitasi untuk ditahan. Tidak boleh selamanya di batas dengan syariat manusia. Mungkin kata-kata ikhwah itu lebih mudah dicerna dengan insiden yang berlaku di Mesir dan Tunisia.. dan disebabkan betapa mudahnya perkara ini dicerna, nah terdengar beberapa soalan mudah seperti ini."bila lagi di malaysia?"
                   
                                                                          ..................

kalian tahu,bagaimana revolusi di Tunisia bermula?kalian pernah dengar nama Tarek al-Tayyib Muhammad ibn Bouazizi? nama ini telah memulakan revolusi di Tunisia. Beliau merupakan graduan yang tidak mendapat pekerjaan di Tunisia. Dan ini merupakan gambaran biasa di tunisia. Lalu beliau mencuba untuk berniaga. Dan sekali lagi beliau dicuba. Beliau diugut oleh penguatkuasa dan barang jualan beliau dirampas oleh penguatkuasa. Tidak sekadar itu, beliau diludah dan arwah ayahnya dimaki oleh penguatkuasa perempuan dikhayalak ramai. Ini semua kerana beliau tidak mampu untuk memberi suapan kepada penguatkuasa tersebut. Kecewa dengan keadaan semakin kejam. Beliau bertindak membakar diri bagi mencelikkan mata rakyat Tunisia yang rakus ditidurkan pemimpin tirani. Dan selepas itu, revolusi Tunisia berlaku. Cerita yang lebih kurang sama alunannya bermain di Mesir. Dua rakyat marhaen membakar diri dihadapan parlimen Mesir atas desakan hidup yang semakin mencekik.berlainan dengan keadaan bangsawan yang semakin kaya...

                                                                          .................

kalian sedar betapa mahalnya mahar sebuah revolusi? Bagi aku, di Malaysia belum masanya lagi untuk bicara perihal revolusi.aku tak rasa bilah perjuangan yang kita laungkan,terkena lukanya pada keluarga aku.belum tiba masanya. Dan dari Mesir,aku memikirkan beberapa persoalan yang susah untuk dijawab hari ini. Ikhwanul Muslimin bakal menerajui Mesir. Bagaimana reaksi US dan Israel? Adakah mesir bakal dijarah seperti Afghanistan dan Iraq? Bagaimana nasib pelajar yang masih belum habis belajar di Mesir? Dan keserabutan Mesir, adakah mempengaruhi harga minyak?