Sunday, August 21, 2011

baju raya:)

salam. seperti biasa, air-air idea di kolam kepala ku hampir-hampir kering. bagaimana dan apa hendak ditulis. entahlah, kadang-kadang aku rasa dalam kepala aku banyak sangat berfikir. tapi hanya setakat berfikir. bila dikeluarkan ia hilang. pop. macam awan kandung hujan lenyap. lenyap langsung:) mungkin kali ini aku nak bercakap pasal perbelanjaan. mungkin lebih spesifik perbelanjaan menghadapi raya. biar aku ceritakan secara ringkas. kita sebenarnya telah diprogram oleh kapitalis bagaimana untuk kelihatan cantik, bergaya dan beraura. kita perlu pakai Nike. Adidas. Levis. Topman. tidak kurang Banana Republic. ya aku mengaku aku juga pernah beli jenama-jenama diatas semata-mata untuk meraih redha manusia:) sayang. aku meraih redha manusia dengan murka Allah. mana tidaknya, aku melakukan pembaziran dengan membeli jenama yang diprogram untuk pemakai kelihatan bergaya. mahal sudah tentu. tetapi mahal lagi harga sebuah penyesalan. oleh itu, raya tahun ini jika berkesempatan aku azam hanya dengan sederhana beraya. mungkin akan ke bundle untuk mencari pakaian untuk disarung. sekurang-kurangnya aku berlepas dari Tabaruj:)

"dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu (pertama)". (Al-Ahzab:33)

" Sesungguhnya pemboros2 itu adalah saudara syaitan." (al-isra: 27)

Monday, August 8, 2011

mari menonton filem!!

salam dan alhamdulillah syukur pada Penilai Hati atas segala kurnia pada kita semua. sudah masuk hari ke-9 ramadhan. bagaimana ibadah? harusnya semakin dekat dengan garisan penamat, semakin melaju kita menekan kudrat untuk meraih kemenangan. baiklah, kali ini aku nak berkongsi sedikit tentang filem yang baru aku tonton minggu ini. bukan Captain America, bukan Transformer, bukan Harry Potter. juga bukan Flat 3A. dan bukan Senario Ops Pocot. bukan dan bukan. selera filem aku tak mengikut arus semasa. rasa aku mahu tengok.aku tengok:) filem yang aku tonton minggu lepas adalah filem Iran yang bertajuk The Children of Heaven.(tengok kat utube je). pada yang dah pernah tonton filem ini, pasti setuju walaupun tanpa sari kata, kita masih mampu dibuai perasaan melihat babak-babak yang amat ringkas dan realitinya terjadi.(mungkin bukan di malaysia:). Filem ini rasanya bagi aku  paling dekat jika dikaitkan rasa tanggungjawab yang menebal. bagaimana Ali yang telah menghilangkan kasut adiknya, Zahra yang amat comel (macam miasara) bertanggungjawab dalam memastikan adiknya dapat memakai kasut untuk kesekolah biarpun bergilir-gilir memakai kasut. lupakan seketika unsur Syiah dalam filem ini dan lihat peribadi yang ditonjol Ali dan Zahra. amat menyentuh hati:) filem ini juga dicalonkan dalam academy awards untuk tiket filem asing terbaik. makna katanya mantaplah. selain dari itu, kat bawah ni ada beberapa filem yang aku sarankan untuk ditonton sebab..antara sebabnya banyak hikmah dapat kita kutip dari filem tersebut. kalau dapat kutipla:)
     
                                                              1. laskar pelangi
                                               2. sang pemimpi
                                               3. sang pencerah
                                               4. ketika cinta bertasbih 1
                                               5. ketika cinta bertasbih 2
                                               6. dalam mihrab cinta


p/s:mungkin ada lagi tapi setakat ini, ini yang terkesan dalam hati aku:)

Friday, August 5, 2011

antara lalat dan gunung..

aku memandang semalam itu
ada gunung besar mengekoriku
dan ada waktunya
seakan menyentuh ubun-ubun usia ku
...
dari semalam kisahnya
seekor lalat 
menguis ia hilang
kembali hinggap
pada setiap rongga-rongga kosong di jasmaniku
meludah nerakakan di setiap liang-liang rohaniku
...
dan semalam datang lagi
dari belakang ia memarang
setiap inci fikiran ku
membakar apikan seluruh kesedaranku
datang mega-mega gunung
sekali lagi seakan menyentuh ubun-ubun usia ku.
...
cukuplah dengan mengadu pada-Mu Penilai Hati
ringankanlah mega-mega gunung yang sering mengejar ku
beratkanlah, busukanlah, jelikkanlah lalat-lalat yang menghinggap di hari-hari ku.


sesungguhnya orang yang beriman itu melihat dosanya seakan-akan dia duduk di bawah sebuah gunung yang ingin menghempapnya tetapi bagi para pendosa, melihat dosa seperti lalat yang hinggap di hidungnya.~
(al bukhari, al-jami'al sahih al-mukhtasar, dar ibn khatir,Beirut,1987,jil.5,hlmn 2324, no.hadith:5949)

Thursday, August 4, 2011

susahnya puasa:(

salam dan alhamdulillah kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan kepada aku. sehingga ke 4 ramadhan ini aku masih mampu menaip-naip dihadapan laptop dan melakukan banyak lagi perkara dengan izin-Nya. kali ini aku nak berkongsi sedikit apa yang aku rasa dewasa ini.haha. ya. dewasa ini aku sering mengaduh pada diri aku sendiri dengan berkata "apahal lah susah sangat puasa sekarang ni, nak dibandingkan dengan waktu kecil-kecil dahulu.." lebih kurang macam itu lah dengusan aku.haha. tapi persoalannya kan, kenapa waktu kecil lagi mudah berpuasa dibandingkan dengan sekarang? kalau ikut logiknya, kecil-kecil dulu tak berapa kuat, sekarang dah kuat (banding dengan kecik) patutnya takde masalah kalau nk berpuasa???kenapa eh kawan-kawan??

....


mungkin kerana definisi puasa itu sendiri dalam hidup aku. ya,definisi yang sentiasa berubah-ubah mengikut tsaqafah kita mengenai Islam. sekali lagi, ya, logiklah jika kita merasa susah berpuasa dewasa ini. jika dahulu aku berpuasa semata-mata hanya menahan lapar dan dahaga, dicandu dengan duit raya yang amat lumayan sekiranya berpuasa penuh, mana tidaknya setakat menahan lapar dan dahaga (dihadapan ibu-ayah dan adik beradik lain) adalah perkara yang dianggap senang. semata2 menahan lapar dan dahaga. tetapi kini tidak lagi. puasa aku kini bukan setakat menahan lapar dan dahaga perut. aku perlu menahan mulut, mata, telinga, tangan, kaki dan segala anggota yang terzahir dan paling susah anggota batin (hati). ini ditambah dengan target mutabaah yang mengEVEREST. mana qiamnya, mana tahajudnya, dhuha, tadarus, sadaqah, mathurat dan berbagai2 lagi amalan sunat. logiklah jika aku merasa susah berpuasa dewasa ini dengan tidak dicandu lagi dengan duit raya.


....


dan aku tahu dalam masa yang sama puasa ini tidak mungkin sesusah puasa para sahabat terutama ahli badar.

Monday, August 1, 2011

ya.saya mahu yang bertudung.labuh.huhu.

alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah kerana masih lagi diri ini diberi peluang untuk terus menikmati segala nikmat yang diberikan sehingga ke hari ini. SubhanAllah..hari ini hari pertama first puasa 1432 hijrah..Alhamdullilah..segala perkara berjalan seperti yang dirancang. disini aku nak berkongsi sedikit pengalaman aku berjemaah di surau. semasa pulang dari tarawikh tadi, (aku buat 8 rakaat sahaja) ada lah dalam sekumpulan budak-budak ni..riuh sakan. aku pun perhati la..(bajet caring), tup-tup ada pergaduhan kecil. tapi bila semua budak-budak perasaan aku (mungkin diorang igt orang tua) usha diorang, secara auto transmisinya mereka senyap dan hilang dalam damai..hoho..mungkin takut dimarahi oleh aku agaknya..dan inilah buah cerita yang ingin aku kongsikan, bagaimana mendidik anak didalam Islam.(tak anak pun,anak jiran,adik2)..haha. ini berdasarkan kisah benar yang berlaku di kariah aku. kejadian berlaku semasa waktu maghrib..ada seorang imam ini, kira imam besar lah ditempat aku tu yang mana memang semua orang kenal.(dah macam public figure).masa dia nak berwudhuk, dia ternampak dua orang budak bermain air di tempat berwudhuk tersebut. memang ganas jugaklah budak-budak tu main air kat situ, mungkin diorang baru balik dari wet world syeksen 2 shah alam, terbawa-bawa hingga ke tempat mengambil wudhuk,tersebut. dan dari jauh imam tu perhati, agaknya dah tak leh bersabar imam tu melenting, dengan nada tinggi dan keras. dengan aku-aku sekali terkejut dan sikit takut.hoho.habis dimarahi budak berdua tu. lepas dimarahi disuruh pula bersihkan kawasan wudhuk 2. dan kejadian tersebut disaksikan jemaah.seluruh jemaah kot.tersipu-sipu malu budak yang mungkin hanya berumur 9-10 tahun....keesokannya,kelibat budak berdua itu tidak nampak di tempat wudhuk bermain air, juga tidak nampak mereka di surau lagi..kalian boleh faham apa yang aku nak sampaikan??kalau tak..baca balik dari mula:)

begitulah didalam Islam. segalanya dilakukan perlu disertakan dengan keikhlasan dan sabar. sabar dalam memberi nasihat, sabar dalam memberi pengarahan, sabar dalam segala hal berkaitan karenah anak-anak. sabar disini bukan beerti membiar sahaja tetapi bertindak mengikut emosi dan keperluan.Sepertimana sabda Rasulullah SAW, “Cukup seseorang berdosa apabila menyia-nyiakan anak yang diasuhnya.”(HR Abu Daud)

Rasulullah S.A.W juga bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya di syurga terdapat kedudukan yang tidak dapat dicapai kecuali tiga golongan manusia iaitu imam yang adil, orang yang menjaga silaturahim dan ibubapa yang sabar mengasuh anak-anak.” Ali bin Abi Thalib bertanya, “Apa yang dimaksudkan dengan ibubapa yang sabar mengasuh anak-anak?” Rasulullah S.A.W menjawab, “ Iaitu ibubapa yang tidak menyebut-nyebut pengorbanan yang telah diberikan kepada anak-anak.” (HR Ad-Dailami dari Abu Hurairah r.a)

oleh itu mari kita mulakan mendidik dengan diri kita sendiri dengan Islam,seterusnya keluarga dalam membentuk khilafah Islam yang dijanjikan Allah..semoga kita sabar dan kreatif dalam mendidik anak@adik@generasi seterusnya kerana mereka aset masa hadapan:)


                                                                                   p/s:ya.saya mahu umi untuk anak-anak saya bertudung.
                                               bertudung labuh.HOHO 

Thursday, July 28, 2011

gol itu yang kita cari.bukan possesi atau posisi.haha

pusingan kelayakan bola sepak piala dunia. malaysia dan singapura. begitu asyik meribut ribuan di stadium malah jutaan dihadapan kaca tv. begitu asyik melihat tarian dan larian, begitu semangat melihat sorakan dan teriakan. namun akhirnya yang mendefinisikan kemenenangan hanyalah GOL. bukan possesi, atau posisi. dan jelas ketika ketika melihat permainan bola, segala tujuan pergerakan mereka hanyalah untuk menghasilkan gol. dan ini lebih memudahkan mereka merancang bagi mendapat gol yang dicari. dalam erti kata lain, kalau kita hendak lebih efektif dalam segala tindakan kita, kita perlu ada gol. perlu ada target. begitu juga didalam bulan ramadhan ini. kita seharusnya terlebih dahulu merancang amal ibadah kita bagi memudahkan kita mencapai target:)

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (61:4)

kita perlu ada target. bulan ramadhan ini perlu kita hadapi dengan segala persediaan samada dari segi mental mahupun fizikal. antara yang perlu kita persiapkan ialah perancangan ibadah. seperti contoh:



ini berdasarkan kemampuan diri sendiri. yang penting kita berusaha mencapai target dan GOL!



Tuesday, July 26, 2011

angin ramadhan:)

Iblis menjawab, "kerana Engkau menyesatkan aku, pasti aku akan SELALU menghalangi mereka dari jalan-Mu yang lurus (7:16)

Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari DEPAN, dari BELAKANG, dari KANAN, dan dari KIRI mereka, Dan Engkau tidak akan  mendapati kebanyakkan mereka bersyukur (7:17) 

yang pertama dan pasti, aku ingin mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T atas segala rahmat dan inayah-Nya kepada aku. Yang pasti dengan sedikit ucapan syukur ini (dibandingkan dengan nikmat diberi) tidak menambah hatta sekelumit kemuliaan Allah tetapi cukuplah mendidik diri ini menjadi hamba yang bersyukur. dah lama aku berhenti menulis blog. atas faktor-faktor futur seperti yang dikatakan Allah dalam surah 7:16-17. mungkin kekeringan alasan untuk aku menghembus nafas dalam bentuk tulisan. tulisan yang bermanfaat InsyAllah untuk semua. ini kerana seorang mukmin tidak wajar melakukan perkara yang sia-sia.

Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan sia-sia (23:3)

tinggal lagi berapa detik untuk kita sama-sama melangkah ke bulan Ramadhan. Bulan yang terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan (97:3)

oleh itu mari kita sama-sama mempersiapkan diri menghadapi Ramadhan penuh rahmat, yang mungkin ada diantara kita Ramadhan yang terakhir. mari kita bersama-sama berpuasa bukan sekadar dari lapar dan dahaga.kita puasa kan juga panca indera kita dari perkara-perkara yang menbuat hati kita dipenuhi titik-titik hitam. mari kita hidupkan malam kita yang selama ini sunyi dan dengus dengkuran yang garau, kita sulami dengan ratapan-ratapan merahib, khatamkan Quran yang selama ini setahun tidak cukup. jadikan Ramadhan ini madrasah dalam mendidik diri kita menjadi seorang muslim.muslim sepenuh masa:)





Thursday, May 19, 2011

maka nikmat tuhan mana yang kamu dustakan.....


bila aku baca post ni dalam serius blog.aku rasa macam.....entahla..terlalu banyak nikmat yang aku terima tapi aku sendiri tak pernah nak bersyukur..maka...jika ditanya..maka nikmat tuhan mana yang kamu dustakan..

Sunday, May 15, 2011

kita telah diserang oleh mickey mouse!!!!!!!!!


 
aku tak tahu kalau kau semua nak bilang aku kolot.tapi aku rasa melalui mickey mouse, generasi hijau kita terus dituba dan seterusnya dicantas potensi mereka untuk membesar didalam tarbiah Islam. antara contoh bagaimana mereka menyusup menyerang memporakperandakan generasi hijau melalui pertandingan-pertandingan seperti diatas.sudahlah di generasi tua kita sesak dengan isu politik lucah, generasi pertengahan dengan AF, Malaysia Idol, dan banyak lagi realiti tv. kini mereka merancang untuk menjahanamkan di peringkat sekolah.perancangan yang amat sistematik.. 
rakyat perlu sedar supaya tidak terus terlena dibuai hiburan melampau dan  ini antara pengajaran yang disimpulkan oleh ustaz Abdul Halim Abdullah:
  1. Golongan kanak-kanak dan remaja menjadi salah satu sasaran pihak Barat untuk merosakkan umat Islam dari dalam terutama melalui penghakisan identiti dan jatidiri mereka sebagai umat Islam.
  2. Penganjuran yang boleh merosakkan akhlak dan jatidiri kanak-kanak dan remaja Melayu Islam masih mendapat kelulusan dari pihak berkuasa. Dalam hal ini Kementerian Pelajaran sendiri terlibat secara langsung.
  3. Mickey Mouse dengan ini bukan sahaja satu entiti yang mengeluarkan produk filem kartun, akan tetapi ia adalah satu badan yang berfungsi lebih dari itu iaitu menganjur dan mempromosikan program-program yang bertentangan dengan Islam ke arah merubah keperibadian dan jatidiri salah satu golongan terpenting dalam masyarakat iaitu kanak-kanak dan remaja, generasi masa depan.
kita sedang diserang. itu realitinya. diserang melalui serangan pemikiran yang kadang-kadang tidak tercapai dek fikiran kita kerana kita sudah lali. sedikit demi sedikit, usaha mereka melahirkan generasi yang jauh dari Al-Quran berhasil. ini antara cadangan Ust Abdul Halim Abdullah dalam menangani masalah yang terus menuba ini..
  1. Merasakan kepentingan pendidikan Islam yang sejati dan sebenar terhadap golongan kanak-kanak dan remaja, sentiasa menganjurkan program-program Islam di dalam mahupun di luar premis sekolah, ke arah membina generasi harapan Islam yang gemilang, cemerlang dan terbilang di hari muka.
  2. Bangkit, membantah dan menentang pertandingan tarian rock antara sekolah-sekolah anjuran Mickey Mouse dan sekutu-sekutunya yang tarikh tutupnya ialah 20 Mei 2011 ini dan penganjuran-penganjuran sedemikian selama-lamanya. Bekerjasama dalam apa sahaja bentuknya adalah satu dosa, kesalahan dan jenayah terhadap agama dan generasi umat akan datang. Mengenalpasti pihak-pihak yang terbabit dan membawa mereka ke muka pengadilan dan tindakan disiplin.
  3. Menarik lesen syarikat Mickey Mouse, sekutu-sekutunya dan segala produknya dengan penganjuran di atas membuktikan bahawa ia adalah satu entiti yang bermatlamatkan menghakis keperibadian Melayu Islam yanag menjadi tunggak kekuatan umat di rantau ini, dan seterusnya ia cuba menerap dan membudayakan nilai-nilai Barat yang bertentangan sama sekali dengan Islam.
Jemaah Islam dituntut agar tidak berputus asa dan terus kental berhadapan dengan tsunami Budaya Barat yang mendapat dokongan moral dan material dari berbagai pihak yang berkepentingan duniawi. Jalan terbaik ialah dengan membina individu-individu di sekolah-sekolah, membina keluarga-keluarga di dalam masyarakat dan generasi Islam sejati di dalam negara, lalu mereka menjadi teladan hidup bagi Al-Quran yang bergerak dan berperanan di tengah-tengah masyarakat dan sistem yang rosak, lalu mereka membetulkannya dengan petunjuk Al-Quran.
Kita berdoa kepada Allah swt agar Dia sentiasa menyelamatkan umat ini dari mara bahaya serangan ketenteraan, ideologi dan budaya musuh-musuhNya dari Timur dan Barat. Ameen.

Friday, May 13, 2011

wow.islam di jepun?oh..keperibadian Islam di Jepun:)

cedokan dari page ust Abdul Halim Abdullah. Berikut merupakan catatan seorang sukarelawan berdasarkan apa yang beliau amati:


1. THE CALM

Not a single visual of chest-beating or wild grief. Sorrow itself has been elevated.(Ketenangan : Saya tidak nampak orang yang meraung, menepuk-nepuk dada melihat mayat-mayat bergelimpangan. Dengan itu kesengsaraan itu sendiri telah hilang dengan sendirinya).

2. THE DIGNITY
Disciplined queues for water and groceries. Not a rough word or a crude gesture.(Harga Diri : Mereka berdisiplin dalam berdiri beratur untuk mendapatkan air dan barang-barang keperluan harian. Tidak kedengaran kata-kata kesat atau perbuatan yang tidak senonoh dan kurang ajar).



3. THE ABILITY


The incredible architects, for instance. Buildings swayed but didn’t fall. (Kemampuan : Tahap arkitek yang sangat membanggakan. Sebagai contoh bangunan-bangunan nampak jelas bergoyang kerana gempa bumi tersebut akan tetapi ia tidak runtuh).



4. THE GRACE
People bought only what they needed for the present, so everybody could get something. (Lapang Dada : Orang ramai membeli hanya barang-barang yang mereka perlukan pada hari itu sahaja supaya stok sentiasa ada dan setiap orang dapat membeli sesuatu untuk keperluan masing-masing).

5. THE ORDER
No looting in shops. No honking and no overtaking on the roads. Just understanding.(Keamanan : Tidak ada curi mencuri di kedai-kedai mengambil kesempatan keadaan yang sedemikian maupun bunyi hon dan potong memotong di jalanraya).

6. THE SACRIFICE
Fifty workers stayed back to pump sea water in the N-reactors. How will they ever be repaid? (Pengorbanan : Lima puluh pekerja bekerja siang malam untuk mengepam air laut ke dalam reaktor nuklear. Bagaimana jasa mereka dapat dibalas).

7. THE TENDERNESS
Restaurants cut prices. An unguarded ATM is left alone. The strong cared for the weak. (Simpati : Restoran menjual makan minum dengan harga yang lebih rendah, mesin ATM tidak perlu dijaga oleh pengawal keselamatan. Orang yang kuat menjaga orang yang lemah.


8. THE TRAINING
The old and the children, everyone knew exactly what to do. And they did just that.(Latihan : Semua lapisan masyarakat, tua maupun muda, di sana sini tahu apa yang harus mereka lakukan).

9. THE MEDIA
They showed magnificent restraint in the bulletins. No silly reporters. Only calm reportage. (Media : Mereka sangat mengawal dan cermat dalam membuat lapuran. Tidak ada wartawan yang mengambil kesempatan dan mereka-reka cerita demi mendaat perhatian dan pelanggan. Hanya berita  berpatutan yang dilapurkan).

10. THE CONSCIENCE
When the power went off in a store, people put things back on the shelves and left quietly!” (Nilai Hati : Apabila bekalan elektrik terputus di kedai-kedai, para pelanggan yang sedang memilih barang-barang yang hendak dibeli meletakkannya kembali di rak-rak kedai dan segera beredar keluar untuk menyelamatkan diri).
Semoga apa yang baik yang ditunjukkan oleh contoh rakyat Jepun ketika menghadapi saat-saat cemas gempa bumi itu dapat dicontohi oleh umat Islam yang dikehendakki oleh Allah swt agar menjadi umat terbaik yang kemudiannya berperanan mengajak umat lain kepada makruf dan mencegah munkar.
“Sesungguhnya Allah tidak merubah nasib yang menimpa sesuatu kaum(memimpin dunia atau ditindas oleh bangsa asing), sehinggalah mereka sendiri merubah apa yang ada di dalam jiwa mereka (keyakinan, ilmu, akhlak, sikap, bukan pembangunan luar jiwa atau material) (Al-Quran).

Wednesday, April 20, 2011

mandi sungai?tasbih?

minggu lepas. aku dan rakan-rakan kelas aku pergi mandi air terjun Sg Kanching di Rawang. gara-gara tekanan peperiksaan hampir, kami memutus untuk berkelah pada hari Ahad melepaskan tekanan. Alhamdulillah, kami sampai dalam jam 10 pagi dari Shah Alam. keadaan air terjun berderu laju namun tenang. setenang hati yang mulanya serabut memikirkan peperiksaan dan beberapa tugas yang tidak selesai-selesai. teringat kata-kata seorang sahabat. kita akan berasa tenang bila kita berada didalam hutan. tidak seperti di bandar, ditengah-tengah keramaian orang. tahu sebab apa? dan sahabat saya terus mengalunkan ayat al-Quran "Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun" Al Israa' (44). benar. kita rasa tenang apabila berada didalam majlis zikir. ini kerana hanya mengingati Allah, hati menjadi tenang. namun. ketenangan kami pada pagi itu tidak lama. diganggu sekumpulan remaja lelaki perempuan yang lagak berpesta di dalam hutan.tanpa mengenal erti muhrim. bebas bergaul, berpegang. dan tidak menjaga aurat. aku mula terbayang keadaan adik adik aku yang membesar didalam keadaan seperti mereka. moga Allah mempelihara keimanan mereka.

Sunday, April 10, 2011

kau bikin aku berapi didalam bilik berakon.

ini cerita pasal api. api dalam diri yang semua antara kita ada. api kemarahan. aku nak cerita pasal api kemarahan aku. cerita yang berlaku pada minggu lepas. cerita pasal api kemarahan aku. minggu lepas, aku bertapa di fakulti untuk menyiapkan assigment yang berhabuk tidak disentuh saat pertama kali assignment itu disuruh buat. dan menjadi kebiasaan kanak-kanak genius, melakukan kerja-kerja di saat-saat akhir memang menjadi tabiat kami. Alhamdulillah, assignment berhabuk kini sudah berkilat, cuma belum di cetak sahaja. aku gegas mendapatkan kedai cetak tingkat bawah fakulti aku untuk menyempurnakan pertapaan aku. seperti biasa, aku perlu beratur untuk mencetak assignment, kerana aku bukanlah anak raja atau anak tauke kedai cetak. aku akur dengan perkara beratur itu. tetapi beratur ada lain sedikit beraturnya. beratur yang tidak bergerak. maksud aku, aku beratur terlalu lama untuk mendapatkan giliran mencetak. perasaan ingin tahu aku meluap.bersama peluh. aku memanjangkan langkah, dan memerhati apa yang dibuat oleh sorang mamat yang agak liar menekan papan kekunci komputer. kau orang semua mesti dapat agak apa yang aku mualkan. betul, mamat tu mengedit tesis di tempat mencetak. dan paling aku tak tahan posisi dia bersila dihadapan komputer itu, bagai dekat rumah ayah dia. sambil menghiraukan orang beratur panjang dibelakang. dan aku hilang sabar. yang aku tahan lama, aku tukar lane beratur, dan ketika giliran aku, mamat tu masih rajin liar mengedit tesisnya. tuhan saja tahu perasaan api aku bagaimana ketika itu. hampir sahaja terlewat menghantar assignment. akhirnya, ketika aku keluar, tiba-tiba api itu terus padam. dan ketika itu, baru aku perasaan, ketika didalam kedai itu, aku dihembus tuan api. astaghfirullah:)

Saturday, April 2, 2011

ini cerita april fool aku!

10 tahun dahulu, masa itu aku yang mewakili Sekolah Rendah Seri Murni dalam pasukan bola sepak, badminton, coral speaking, sering kali menunggu tiba tanggal 1 April. Masa itu, aku memahami kita semua boleh berbohong, berdusta, bergurau gila dengan ketibaan 1 april. apa dihairankan, kan 1 April sudah menjadi tradisi kita untuk menipu ketika itu. Masa terus berlalu sehingga ada satu perkara yang benar-benar buat aku tidak boleh lupa bila 1 April datang. Lebih tepat masanya 1 April 2008. Dimana aku baru menerima keputusan SPM 2007. Yang agak teruk bagi aku. bagi aku. Ketika itu memang batch aku hangat bersama forum. Masing-masing bercerita mengenai kejayaan masing-masing dan merencana perjalanan kehadapan manakala aku memandang keputusan yang aku ramal sekadar mengaji didalam negara. Sebelum itu memang aku ada memohon mengaji di Jepun dibawah tajaan JPA. Sekali lagi memandang keputusan yang sekali lagi aku ramal sekadar mengaji didalam negara. Tiba-tiba, aku terima panggilan dari rakan sekolah aku, Anam yang kini berada di Jepun,  menanyakan perihal aku yang tidak datang temuduga JPA di PICC Putrajaya. Dan aku lihat kalendar di dinding, aku gelak dan sangkaan aku April Fool. Tetapi kawan aku sorang ini serius kali ini. Tiada unsur humor dapat aku tangkap. Terus aku bergegas menyemak di laman web JPA. Ternyata nama aku memang ada dalam senarai temuduga. dan aku terduduk sekejap. Lalu sekali lagi bergegas mendapatkan abah yang menghantar aku ke PICC. dan aku gagal didalam temuduga itu, yang mana aku rasakan aku memang sepuluh kali tidak bersedia. dan ini disebabkan aku memikirkan perkara ini APRIL FOOL. dan masa masih terus berlalu. semalam 1 april.  kini aku memahami kita semua tidak boleh berbohong, berdusta, bergurau gila dengan ketibaan 1 april, atau apa tarikh. apa dihairankan, kan 1 april sudah tidak menjadi tradisi kita untuk menipu ketika ini. dan ini antara indikator syiar islam mula berkembang..

Thursday, March 31, 2011

bintang yang gugur.

28 mac 2011. jam 6.50 petang. tepat. aku dikejutkan dengan deringan telefon bimbit disisi. beserta dengan seribu miss call, suara ayah aku seakan membisik perlahan, "nenek dah takde, cepat bersiap,nanti abah ambil kau"... tiada kedengaran lagi suara di hujung telefon. seakan kehabisan daya untuk bercakap. dan aku seakan kehabisan daya untuk mendengar. bingung sekejap. seakan susah nak menerima. "nenek dah takde". biarpun sehari sebelum aku sudah menziarahi yang dalam keadaan tidak sedar akibat jatuh di dalam tandas. bukan sekali dia jatuh. tapi jatuhan kali ini benar-benar besar impaknya. nenek tidak sedarkan diri dan diserang stroke. separuh bahagian badan lumpuh. abah aku bercerita ketika kami pulang yang tangan kanan nenek tidak seperti mahu melepaskan genggaman abah. semahu-mahunya digenggam. dan petang itu, abah sekali lagi bersama adik-adik aku menziarahi nenek. masih tiada perubahan. nenek hanya mampu mengenggam tangan abah. semahu-mahunya. pada besoknya, abah memanggil doktor untuk memeriksa nenek. ternyata, nenek hanya menunggu masa. benar seperti firman Allah:

“Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al Munafiqun: Ayat 11). 

nenek menghembus nafas terakhir pada petang itu. bukan sekejap nenek tinggal dengan kami. hampir dua tahun kami menjaga nenek secara bergilir. nenek hanya punya dua zuriat iaitu abah dan paklong. secara bergilir, kami menjaga nenek. dan aku faham, menjaga mereka yang dihujung hayat bukan mudah. mahal harga untuk mereka dapatkan perhatian anak-anak. masih terbayang bagaimana nenek meragam dengan menyidai tuala basah di tv lcd, dan sering mengetuk pintu bilik kami pada waktu malam. dan banyak lagi perkara yang aku yakin memang dalam rencana Allah dalam menguji kesabaran hambaNya. dan didalam dua tahun itu memang nenek banyak menangis. aku terkadang simpati melihat dia seakan-akan hilang punca. tetapi aku sering juga melihat dia tersenyum digurau adik bongsuku. sering menyumpah selepas dimandi abah. ada suka, lebih duka. dan aku yakin saat ini tubuhnya lebih mesra dan nyaman dipangku tanah. berehatlah semahunya nenek. dan dihari pengkebumian, aku sempat menatap dan mengucup nenek dipipi dan didahi. yang semasa hidupnya aku rasa jauh untuk berlaku sedemikian. sekadar salam dan mengucup tangan. mungkin nikmat mencium nenek semasa hayatnya lebih nikmat dari sekadar mencium dahi dan pipi yang sejuk. sesejuk hati aku tidak mahu mencium pipi dan dahi nenek ketika hayatnya. dan tatkala wajah nenek dikambus tanah, pipi aku sudah ditimbus air mata. entah dari mata hati atau apa buat aku rasa amat sayu. rasa mahu aku berlari kehari belakang menghabiskan masa bersama nenek. dari situ aku belajar menerima suratan Allah,  

“Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya. Dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayahNya.2:156,157


moga roh nenek dicucuri rahmat, dan Al-Fatihah 
buat nenek.berehatlah:)







Sunday, March 27, 2011

paintball!!!

sabtu lalu. aku berkesempatan untuk menyertai sukan biokom yang dianjurkan oleh rakan-rakan aku. dengan badan sihat tidak seberapa, aku gagahkan diri sebab amat tertarik dengan sukan yang dipertandingkan hari itu. paintball. siapa tak nak cuba kan kalau selama ni mengadap counterstrike je. memang semua excited pagi itu. dan paling excited aku dan rain. terpacak di extreme park pukul 8 tepat. walhal aktiviti bermula jam 9.30 pagi dan permainan pun bermula. aku nampak peserta ada pelbagai kelompok. kelompok pelajar dan pensyarah. boleh dibahagikan kepada sub kelompok lagi. pelajar ijazah dan post-graduate student. argh. pening pulak aku nk terangkan. aku nak sampaikan tak kira ar apa level kau, semua nampak excited pegang marker.(bukan marker pen, senapang). semua nampak muka macam budak-budak yang dapat senapang mainan. pensyarah juga tidak terkecuali:). dan aktiviti berjalan dengan lancar dan tiada sebarang kecederaan parah berlaku.(minor injury byk!) aku sendiri di das di peha kanan. sakit. sampai sekarang ada kesan. cuma dekat sini ada beberapa perkara yang aku nk kongsi.



  1. kehabisan peluru. aku memang tak tahu nk buat apa lagi. samada terus berlari atau berpura-pura ada peluru lagi.
  2. dikepung musuh. aku memang tak tahu nk buat apa lagi. samada terus berlari atau terus menembak liar kesemua arah.
walaupun peluru pallet, tapi aku tetap berfikir 10 kali untuk mendedahkan diri. dan aku terfikir saudara-saudara kita di medan perang. tak kisah di palestin, afghan, dimana sahaja, yang pelurunya bukan pallet. 

Thursday, March 24, 2011

susah dowh jawab test BEL.haha.

petikan 1:


sekarang ni, pelbagai trend atau fesyen aku dapat lihat di fakulti. ketaranya pasti pada Hawa. samada mereka memang berderia rasa fesyen tinggi atau lemah untuk menjadi mangsa fesyen. diciptakan Hawa dengan perasaan untuk dilihat. cantik. tudung juga tidak terlepas dari evolusi lilit melilit. gunung mengunung. unta mengunta. tinggal lagi dada tersembul. memang macam inilah pemakaian wanita muslim di fakulti aku. yang sering kali memperkosa rakus dua anak mata aku. (teremosi pula). pemakaian macam ini sering kali dilihat seperti arus semasa dan dinilai Islam sebahagian besar pelajar. hakikatnya, pemakaian seperti ini jauh dari Islam. Sejauh tudung dikepala dan dada mereka. 


petikan 2:


kalau dulu, agak payah untuk aku melihat gerai atau kedai-kedai yang menjual pakaian muslimah. tudung labuh, baju longgar. tetapi kini agak mudah sehingga kan baju berenang muslimah juga ada. mereka yang berusaha menepati suruhan Allah juga semakin ramai dengan memakai tudung yang melabuhkan dada mereka. entah dari mana mereka datang. tahu-tahu sahaja kalau berjalan beriringan pasti dalam dua atau tiga orang. ramai. dan diantara ikon artis dewasa ini yang bertudung labuh ialah Oki Setiana Dewi. Manis. tudungnya juga tidak kusam. masih berderia fesyen. mungkin ini trend atau fesyen atau semata-mata mengharap redha Allah, tepuk dada tanya  iman.

comel?


soalan 1:
apakah argumentasi penulis didalam petikan 1 dan petikan 2?


soalan 2:
petikan 1 atau petikan 2 yang valid? terangkan.



P/s:ini efek akibat gagal menjawab
bel dengan baik.

Sunday, March 20, 2011

aku tak tahu nak post apa.

entahlah. aku dah macam kekeringan alasan untuk terus menulis. memang rasa tak semangat. entahla. mungkin disebabkan hari Ahad yang esoknya ada kuliah untuk dicerna. kadang aku terlupa yang tangan aku, kaki aku, dan segala keringat aku sebenarnya seorang pelajar. pelajar yang kurang cerdas. maka haruslah aku tidak merungut apabila disebabkan hari Ahad yang esoknya ada kuliah untuk dicerna. hari Ahad ini berbeza. aku ada perlawanan futsal dan bowling untuk kursus aku. memang penat. terutama penat itu ditabur dengan kekalahan. ah, sudah menjadi adat. ada menang, ada kalah. dan aku akur. dan kini baru terasa penat di kaki. diseluruh badan. dan petangnya aku bertanding bowling. setakat dua frame. tangan jari dah mengeletar. tidak mengapa. malam ni aku tidur di rumah. selesa sedikit. sedikit. dan ini mungkin disebabkan otot-otot motor aku sudah lama tidak digerakkan dalam keadaan paksa. makanya: 

"Muslim yang kuat itu lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding mukmin yang lemah." riwayat muslim.

dan ini termasuk didalam 10 muawasafat tarbiah:) jadi mari kita seimbangkan antara kesihatan jasmani dan rohani:)


p/s:entahla apa aku merepek.