Sunday, August 21, 2011

baju raya:)

salam. seperti biasa, air-air idea di kolam kepala ku hampir-hampir kering. bagaimana dan apa hendak ditulis. entahlah, kadang-kadang aku rasa dalam kepala aku banyak sangat berfikir. tapi hanya setakat berfikir. bila dikeluarkan ia hilang. pop. macam awan kandung hujan lenyap. lenyap langsung:) mungkin kali ini aku nak bercakap pasal perbelanjaan. mungkin lebih spesifik perbelanjaan menghadapi raya. biar aku ceritakan secara ringkas. kita sebenarnya telah diprogram oleh kapitalis bagaimana untuk kelihatan cantik, bergaya dan beraura. kita perlu pakai Nike. Adidas. Levis. Topman. tidak kurang Banana Republic. ya aku mengaku aku juga pernah beli jenama-jenama diatas semata-mata untuk meraih redha manusia:) sayang. aku meraih redha manusia dengan murka Allah. mana tidaknya, aku melakukan pembaziran dengan membeli jenama yang diprogram untuk pemakai kelihatan bergaya. mahal sudah tentu. tetapi mahal lagi harga sebuah penyesalan. oleh itu, raya tahun ini jika berkesempatan aku azam hanya dengan sederhana beraya. mungkin akan ke bundle untuk mencari pakaian untuk disarung. sekurang-kurangnya aku berlepas dari Tabaruj:)

"dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu (pertama)". (Al-Ahzab:33)

" Sesungguhnya pemboros2 itu adalah saudara syaitan." (al-isra: 27)

Monday, August 8, 2011

mari menonton filem!!

salam dan alhamdulillah syukur pada Penilai Hati atas segala kurnia pada kita semua. sudah masuk hari ke-9 ramadhan. bagaimana ibadah? harusnya semakin dekat dengan garisan penamat, semakin melaju kita menekan kudrat untuk meraih kemenangan. baiklah, kali ini aku nak berkongsi sedikit tentang filem yang baru aku tonton minggu ini. bukan Captain America, bukan Transformer, bukan Harry Potter. juga bukan Flat 3A. dan bukan Senario Ops Pocot. bukan dan bukan. selera filem aku tak mengikut arus semasa. rasa aku mahu tengok.aku tengok:) filem yang aku tonton minggu lepas adalah filem Iran yang bertajuk The Children of Heaven.(tengok kat utube je). pada yang dah pernah tonton filem ini, pasti setuju walaupun tanpa sari kata, kita masih mampu dibuai perasaan melihat babak-babak yang amat ringkas dan realitinya terjadi.(mungkin bukan di malaysia:). Filem ini rasanya bagi aku  paling dekat jika dikaitkan rasa tanggungjawab yang menebal. bagaimana Ali yang telah menghilangkan kasut adiknya, Zahra yang amat comel (macam miasara) bertanggungjawab dalam memastikan adiknya dapat memakai kasut untuk kesekolah biarpun bergilir-gilir memakai kasut. lupakan seketika unsur Syiah dalam filem ini dan lihat peribadi yang ditonjol Ali dan Zahra. amat menyentuh hati:) filem ini juga dicalonkan dalam academy awards untuk tiket filem asing terbaik. makna katanya mantaplah. selain dari itu, kat bawah ni ada beberapa filem yang aku sarankan untuk ditonton sebab..antara sebabnya banyak hikmah dapat kita kutip dari filem tersebut. kalau dapat kutipla:)
     
                                                              1. laskar pelangi
                                               2. sang pemimpi
                                               3. sang pencerah
                                               4. ketika cinta bertasbih 1
                                               5. ketika cinta bertasbih 2
                                               6. dalam mihrab cinta


p/s:mungkin ada lagi tapi setakat ini, ini yang terkesan dalam hati aku:)

Friday, August 5, 2011

antara lalat dan gunung..

aku memandang semalam itu
ada gunung besar mengekoriku
dan ada waktunya
seakan menyentuh ubun-ubun usia ku
...
dari semalam kisahnya
seekor lalat 
menguis ia hilang
kembali hinggap
pada setiap rongga-rongga kosong di jasmaniku
meludah nerakakan di setiap liang-liang rohaniku
...
dan semalam datang lagi
dari belakang ia memarang
setiap inci fikiran ku
membakar apikan seluruh kesedaranku
datang mega-mega gunung
sekali lagi seakan menyentuh ubun-ubun usia ku.
...
cukuplah dengan mengadu pada-Mu Penilai Hati
ringankanlah mega-mega gunung yang sering mengejar ku
beratkanlah, busukanlah, jelikkanlah lalat-lalat yang menghinggap di hari-hari ku.


sesungguhnya orang yang beriman itu melihat dosanya seakan-akan dia duduk di bawah sebuah gunung yang ingin menghempapnya tetapi bagi para pendosa, melihat dosa seperti lalat yang hinggap di hidungnya.~
(al bukhari, al-jami'al sahih al-mukhtasar, dar ibn khatir,Beirut,1987,jil.5,hlmn 2324, no.hadith:5949)

Thursday, August 4, 2011

susahnya puasa:(

salam dan alhamdulillah kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan kepada aku. sehingga ke 4 ramadhan ini aku masih mampu menaip-naip dihadapan laptop dan melakukan banyak lagi perkara dengan izin-Nya. kali ini aku nak berkongsi sedikit apa yang aku rasa dewasa ini.haha. ya. dewasa ini aku sering mengaduh pada diri aku sendiri dengan berkata "apahal lah susah sangat puasa sekarang ni, nak dibandingkan dengan waktu kecil-kecil dahulu.." lebih kurang macam itu lah dengusan aku.haha. tapi persoalannya kan, kenapa waktu kecil lagi mudah berpuasa dibandingkan dengan sekarang? kalau ikut logiknya, kecil-kecil dulu tak berapa kuat, sekarang dah kuat (banding dengan kecik) patutnya takde masalah kalau nk berpuasa???kenapa eh kawan-kawan??

....


mungkin kerana definisi puasa itu sendiri dalam hidup aku. ya,definisi yang sentiasa berubah-ubah mengikut tsaqafah kita mengenai Islam. sekali lagi, ya, logiklah jika kita merasa susah berpuasa dewasa ini. jika dahulu aku berpuasa semata-mata hanya menahan lapar dan dahaga, dicandu dengan duit raya yang amat lumayan sekiranya berpuasa penuh, mana tidaknya setakat menahan lapar dan dahaga (dihadapan ibu-ayah dan adik beradik lain) adalah perkara yang dianggap senang. semata2 menahan lapar dan dahaga. tetapi kini tidak lagi. puasa aku kini bukan setakat menahan lapar dan dahaga perut. aku perlu menahan mulut, mata, telinga, tangan, kaki dan segala anggota yang terzahir dan paling susah anggota batin (hati). ini ditambah dengan target mutabaah yang mengEVEREST. mana qiamnya, mana tahajudnya, dhuha, tadarus, sadaqah, mathurat dan berbagai2 lagi amalan sunat. logiklah jika aku merasa susah berpuasa dewasa ini dengan tidak dicandu lagi dengan duit raya.


....


dan aku tahu dalam masa yang sama puasa ini tidak mungkin sesusah puasa para sahabat terutama ahli badar.

Monday, August 1, 2011

ya.saya mahu yang bertudung.labuh.huhu.

alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah kerana masih lagi diri ini diberi peluang untuk terus menikmati segala nikmat yang diberikan sehingga ke hari ini. SubhanAllah..hari ini hari pertama first puasa 1432 hijrah..Alhamdullilah..segala perkara berjalan seperti yang dirancang. disini aku nak berkongsi sedikit pengalaman aku berjemaah di surau. semasa pulang dari tarawikh tadi, (aku buat 8 rakaat sahaja) ada lah dalam sekumpulan budak-budak ni..riuh sakan. aku pun perhati la..(bajet caring), tup-tup ada pergaduhan kecil. tapi bila semua budak-budak perasaan aku (mungkin diorang igt orang tua) usha diorang, secara auto transmisinya mereka senyap dan hilang dalam damai..hoho..mungkin takut dimarahi oleh aku agaknya..dan inilah buah cerita yang ingin aku kongsikan, bagaimana mendidik anak didalam Islam.(tak anak pun,anak jiran,adik2)..haha. ini berdasarkan kisah benar yang berlaku di kariah aku. kejadian berlaku semasa waktu maghrib..ada seorang imam ini, kira imam besar lah ditempat aku tu yang mana memang semua orang kenal.(dah macam public figure).masa dia nak berwudhuk, dia ternampak dua orang budak bermain air di tempat berwudhuk tersebut. memang ganas jugaklah budak-budak tu main air kat situ, mungkin diorang baru balik dari wet world syeksen 2 shah alam, terbawa-bawa hingga ke tempat mengambil wudhuk,tersebut. dan dari jauh imam tu perhati, agaknya dah tak leh bersabar imam tu melenting, dengan nada tinggi dan keras. dengan aku-aku sekali terkejut dan sikit takut.hoho.habis dimarahi budak berdua tu. lepas dimarahi disuruh pula bersihkan kawasan wudhuk 2. dan kejadian tersebut disaksikan jemaah.seluruh jemaah kot.tersipu-sipu malu budak yang mungkin hanya berumur 9-10 tahun....keesokannya,kelibat budak berdua itu tidak nampak di tempat wudhuk bermain air, juga tidak nampak mereka di surau lagi..kalian boleh faham apa yang aku nak sampaikan??kalau tak..baca balik dari mula:)

begitulah didalam Islam. segalanya dilakukan perlu disertakan dengan keikhlasan dan sabar. sabar dalam memberi nasihat, sabar dalam memberi pengarahan, sabar dalam segala hal berkaitan karenah anak-anak. sabar disini bukan beerti membiar sahaja tetapi bertindak mengikut emosi dan keperluan.Sepertimana sabda Rasulullah SAW, “Cukup seseorang berdosa apabila menyia-nyiakan anak yang diasuhnya.”(HR Abu Daud)

Rasulullah S.A.W juga bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya di syurga terdapat kedudukan yang tidak dapat dicapai kecuali tiga golongan manusia iaitu imam yang adil, orang yang menjaga silaturahim dan ibubapa yang sabar mengasuh anak-anak.” Ali bin Abi Thalib bertanya, “Apa yang dimaksudkan dengan ibubapa yang sabar mengasuh anak-anak?” Rasulullah S.A.W menjawab, “ Iaitu ibubapa yang tidak menyebut-nyebut pengorbanan yang telah diberikan kepada anak-anak.” (HR Ad-Dailami dari Abu Hurairah r.a)

oleh itu mari kita mulakan mendidik dengan diri kita sendiri dengan Islam,seterusnya keluarga dalam membentuk khilafah Islam yang dijanjikan Allah..semoga kita sabar dan kreatif dalam mendidik anak@adik@generasi seterusnya kerana mereka aset masa hadapan:)


                                                                                   p/s:ya.saya mahu umi untuk anak-anak saya bertudung.
                                               bertudung labuh.HOHO 

Thursday, July 28, 2011

gol itu yang kita cari.bukan possesi atau posisi.haha

pusingan kelayakan bola sepak piala dunia. malaysia dan singapura. begitu asyik meribut ribuan di stadium malah jutaan dihadapan kaca tv. begitu asyik melihat tarian dan larian, begitu semangat melihat sorakan dan teriakan. namun akhirnya yang mendefinisikan kemenenangan hanyalah GOL. bukan possesi, atau posisi. dan jelas ketika ketika melihat permainan bola, segala tujuan pergerakan mereka hanyalah untuk menghasilkan gol. dan ini lebih memudahkan mereka merancang bagi mendapat gol yang dicari. dalam erti kata lain, kalau kita hendak lebih efektif dalam segala tindakan kita, kita perlu ada gol. perlu ada target. begitu juga didalam bulan ramadhan ini. kita seharusnya terlebih dahulu merancang amal ibadah kita bagi memudahkan kita mencapai target:)

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (61:4)

kita perlu ada target. bulan ramadhan ini perlu kita hadapi dengan segala persediaan samada dari segi mental mahupun fizikal. antara yang perlu kita persiapkan ialah perancangan ibadah. seperti contoh:



ini berdasarkan kemampuan diri sendiri. yang penting kita berusaha mencapai target dan GOL!



Tuesday, July 26, 2011

angin ramadhan:)

Iblis menjawab, "kerana Engkau menyesatkan aku, pasti aku akan SELALU menghalangi mereka dari jalan-Mu yang lurus (7:16)

Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari DEPAN, dari BELAKANG, dari KANAN, dan dari KIRI mereka, Dan Engkau tidak akan  mendapati kebanyakkan mereka bersyukur (7:17) 

yang pertama dan pasti, aku ingin mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T atas segala rahmat dan inayah-Nya kepada aku. Yang pasti dengan sedikit ucapan syukur ini (dibandingkan dengan nikmat diberi) tidak menambah hatta sekelumit kemuliaan Allah tetapi cukuplah mendidik diri ini menjadi hamba yang bersyukur. dah lama aku berhenti menulis blog. atas faktor-faktor futur seperti yang dikatakan Allah dalam surah 7:16-17. mungkin kekeringan alasan untuk aku menghembus nafas dalam bentuk tulisan. tulisan yang bermanfaat InsyAllah untuk semua. ini kerana seorang mukmin tidak wajar melakukan perkara yang sia-sia.

Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan sia-sia (23:3)

tinggal lagi berapa detik untuk kita sama-sama melangkah ke bulan Ramadhan. Bulan yang terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan (97:3)

oleh itu mari kita sama-sama mempersiapkan diri menghadapi Ramadhan penuh rahmat, yang mungkin ada diantara kita Ramadhan yang terakhir. mari kita bersama-sama berpuasa bukan sekadar dari lapar dan dahaga.kita puasa kan juga panca indera kita dari perkara-perkara yang menbuat hati kita dipenuhi titik-titik hitam. mari kita hidupkan malam kita yang selama ini sunyi dan dengus dengkuran yang garau, kita sulami dengan ratapan-ratapan merahib, khatamkan Quran yang selama ini setahun tidak cukup. jadikan Ramadhan ini madrasah dalam mendidik diri kita menjadi seorang muslim.muslim sepenuh masa:)