Sunday, May 15, 2011

kita telah diserang oleh mickey mouse!!!!!!!!!


 
aku tak tahu kalau kau semua nak bilang aku kolot.tapi aku rasa melalui mickey mouse, generasi hijau kita terus dituba dan seterusnya dicantas potensi mereka untuk membesar didalam tarbiah Islam. antara contoh bagaimana mereka menyusup menyerang memporakperandakan generasi hijau melalui pertandingan-pertandingan seperti diatas.sudahlah di generasi tua kita sesak dengan isu politik lucah, generasi pertengahan dengan AF, Malaysia Idol, dan banyak lagi realiti tv. kini mereka merancang untuk menjahanamkan di peringkat sekolah.perancangan yang amat sistematik.. 
rakyat perlu sedar supaya tidak terus terlena dibuai hiburan melampau dan  ini antara pengajaran yang disimpulkan oleh ustaz Abdul Halim Abdullah:
  1. Golongan kanak-kanak dan remaja menjadi salah satu sasaran pihak Barat untuk merosakkan umat Islam dari dalam terutama melalui penghakisan identiti dan jatidiri mereka sebagai umat Islam.
  2. Penganjuran yang boleh merosakkan akhlak dan jatidiri kanak-kanak dan remaja Melayu Islam masih mendapat kelulusan dari pihak berkuasa. Dalam hal ini Kementerian Pelajaran sendiri terlibat secara langsung.
  3. Mickey Mouse dengan ini bukan sahaja satu entiti yang mengeluarkan produk filem kartun, akan tetapi ia adalah satu badan yang berfungsi lebih dari itu iaitu menganjur dan mempromosikan program-program yang bertentangan dengan Islam ke arah merubah keperibadian dan jatidiri salah satu golongan terpenting dalam masyarakat iaitu kanak-kanak dan remaja, generasi masa depan.
kita sedang diserang. itu realitinya. diserang melalui serangan pemikiran yang kadang-kadang tidak tercapai dek fikiran kita kerana kita sudah lali. sedikit demi sedikit, usaha mereka melahirkan generasi yang jauh dari Al-Quran berhasil. ini antara cadangan Ust Abdul Halim Abdullah dalam menangani masalah yang terus menuba ini..
  1. Merasakan kepentingan pendidikan Islam yang sejati dan sebenar terhadap golongan kanak-kanak dan remaja, sentiasa menganjurkan program-program Islam di dalam mahupun di luar premis sekolah, ke arah membina generasi harapan Islam yang gemilang, cemerlang dan terbilang di hari muka.
  2. Bangkit, membantah dan menentang pertandingan tarian rock antara sekolah-sekolah anjuran Mickey Mouse dan sekutu-sekutunya yang tarikh tutupnya ialah 20 Mei 2011 ini dan penganjuran-penganjuran sedemikian selama-lamanya. Bekerjasama dalam apa sahaja bentuknya adalah satu dosa, kesalahan dan jenayah terhadap agama dan generasi umat akan datang. Mengenalpasti pihak-pihak yang terbabit dan membawa mereka ke muka pengadilan dan tindakan disiplin.
  3. Menarik lesen syarikat Mickey Mouse, sekutu-sekutunya dan segala produknya dengan penganjuran di atas membuktikan bahawa ia adalah satu entiti yang bermatlamatkan menghakis keperibadian Melayu Islam yanag menjadi tunggak kekuatan umat di rantau ini, dan seterusnya ia cuba menerap dan membudayakan nilai-nilai Barat yang bertentangan sama sekali dengan Islam.
Jemaah Islam dituntut agar tidak berputus asa dan terus kental berhadapan dengan tsunami Budaya Barat yang mendapat dokongan moral dan material dari berbagai pihak yang berkepentingan duniawi. Jalan terbaik ialah dengan membina individu-individu di sekolah-sekolah, membina keluarga-keluarga di dalam masyarakat dan generasi Islam sejati di dalam negara, lalu mereka menjadi teladan hidup bagi Al-Quran yang bergerak dan berperanan di tengah-tengah masyarakat dan sistem yang rosak, lalu mereka membetulkannya dengan petunjuk Al-Quran.
Kita berdoa kepada Allah swt agar Dia sentiasa menyelamatkan umat ini dari mara bahaya serangan ketenteraan, ideologi dan budaya musuh-musuhNya dari Timur dan Barat. Ameen.

No comments:

Post a Comment