salam dan alhamdulillah kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan kepada aku. sehingga ke 4 ramadhan ini aku masih mampu menaip-naip dihadapan laptop dan melakukan banyak lagi perkara dengan izin-Nya. kali ini aku nak berkongsi sedikit apa yang aku rasa dewasa ini.haha. ya. dewasa ini aku sering mengaduh pada diri aku sendiri dengan berkata "apahal lah susah sangat puasa sekarang ni, nak dibandingkan dengan waktu kecil-kecil dahulu.." lebih kurang macam itu lah dengusan aku.haha. tapi persoalannya kan, kenapa waktu kecil lagi mudah berpuasa dibandingkan dengan sekarang? kalau ikut logiknya, kecil-kecil dulu tak berapa kuat, sekarang dah kuat (banding dengan kecik) patutnya takde masalah kalau nk berpuasa???kenapa eh kawan-kawan??
....
mungkin kerana definisi puasa itu sendiri dalam hidup aku. ya,definisi yang sentiasa berubah-ubah mengikut tsaqafah kita mengenai Islam. sekali lagi, ya, logiklah jika kita merasa susah berpuasa dewasa ini. jika dahulu aku berpuasa semata-mata hanya menahan lapar dan dahaga, dicandu dengan duit raya yang amat lumayan sekiranya berpuasa penuh, mana tidaknya setakat menahan lapar dan dahaga (dihadapan ibu-ayah dan adik beradik lain) adalah perkara yang dianggap senang. semata2 menahan lapar dan dahaga. tetapi kini tidak lagi. puasa aku kini bukan setakat menahan lapar dan dahaga perut. aku perlu menahan mulut, mata, telinga, tangan, kaki dan segala anggota yang terzahir dan paling susah anggota batin (hati). ini ditambah dengan target mutabaah yang mengEVEREST. mana qiamnya, mana tahajudnya, dhuha, tadarus, sadaqah, mathurat dan berbagai2 lagi amalan sunat. logiklah jika aku merasa susah berpuasa dewasa ini dengan tidak dicandu lagi dengan duit raya.
....
dan aku tahu dalam masa yang sama puasa ini tidak mungkin sesusah puasa para sahabat terutama ahli badar.

No comments:
Post a Comment