Aku rasa senang sekali didalam bulatan. Duduk membaca surat-surat dari Kekasih bersama teman. Kau baca aku dengar. Aku baca kau dengar. Selalu juga bacaan aku kau betulkan. Buat aku rasa bagai dadah nikmat memenuhi saraf jiwa aku. Seterusnya:
(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran al-Quran)? (Muhammad: 24)
Teringat didalam bulatan. Ada seorang yang aku kenal kerana Allah, menceritakan kepada aku hakikat Islam, khususnya di luar bulatan. Amnya di luar negara kita. "Di Malaysia, pemodenan telah menyebabkan kita secara tidak langsung menerima budaya barat. Lihat sahaja gejala sosial yang datangnya bukan dari bulatan budaya kita seperti pergaulan bebas didalam parti-parti liar, meminum arak yang dianggap maju, dan pelbagai cara hidup tidak bertuhan. ini natijah daripada pemodenan di Malaysia. tetapi di Malaysia sahaja. Kalau di Negara Barat yang lain pula, babak 180 darjah diputarkan. Kebanyakan negara-negara barat, akibat dari pencerahan pemodenan, mereka mula membuka tingkap bagi suria hidayah. Semakin banyak dari mereka dijinakkan hatinya dengan Islam. Ini kerana pengetahuan mendekatkan hamba dengan tuhannya. Dan sekali lagi aku teringat kata-kata seorang yang aku cinta kerana Allah. ketika berlaku peristiwa 11 september, dia merupakan antara yang terkena tempiasnya. Ketika ingin pulang ke Malaysia dari Australia, sebagai penganut Islam, merupakan antara indikator tinggi seorang pengganas. Dan beliau ditanya pihak berkuasa di lapangan terbang, "are you practicing Islam as your lifestyle?how many times do you perform prayers?" dan kalian mengerti bukan apa yang ingin aku sampaikan? Aku ada kawan cina. Menanyakan perihal solat. Dia seakan terkejut aku menjawabnya solat perlu wajib dilakukan lima kali sehari. Dia terkejut kerana dia punyai rakan muslim yang tidak solat.. Dari dalam bulatan, keluar kehidupan. dan kehidupan ini bulatan yang sangat luas.

No comments:
Post a Comment