Memang aku tak suka diuji. Dipuji selalu. Semalam aku diuji. Bagaimana menaiki tangga ke tingkat enam membawa beban komputer riba dibelakang ditambah dengan tekanan penuh di punggung untuk dilepaskan. Ujian itu getir. Dan aku tak mahu menceritakan apa yang terjadi selepas itu. Ujian itu getir. Dan kita akan sentiasa diuji. Selagi kita melaba udara, ujian merupakan makanan kita. Esok aku ada dua ujian. Kertas BCT 505 dan BCT 497. Dan lucunya, aku sehingga sekarang susah nak bezakan antara isi dua kertas ini. aku harap lelucuan ini boleh dijadikan modal untuk aku bergelak pada waktu aku tidak boleh mengisi antara ruang-ruang jawapan ujian ini. Dan ini ujian kertas. Sekadar kertas. Dan kawan-kawan ku, ramai yang bersedia sebelum ujian. Dan gamaknya, makin mereka lama bersedia, makin mewah laba mereka jana sewaktu menjawab ujian. Dan ini ujian kertas. Sekadar kertas. Dan kita tahu benar, hidup ini merupakan ujian. Ujian besar. Mana maharnya ruang waktu kita diatas bumi. Sudahkah kita bersedia menjawab ujian kehidupan yang mana loceng dewannya berdering tidak mengenal masa. Tidak pantas sesaat. Tidak lewat sesaat. Dan, ayuh, bersedia semahunya bagi ujian besar hidup. Jawab ujian dan kita bakal diakui mukmin:)
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).
p/s:selamat menjawab esok teman-teman:)

No comments:
Post a Comment