Aku memang suka dijulang. Lagi tinggi, lagi bagus. Dan aku tidak selalu dijulang. Kalau dijulang, jatuhnya lagi malang. Tapi aku masih suka dijulang. Lagi tinggi lagi bagus. Dan kalau aku mengaji di mesir, aku ingin dijulang. seperti bayi biru. Bagi aku, bayi itu mewakili generasi baru mesir. dijulang menyaksikan penentangan kerajaan kuku tirani. Mesir selepas ini, dilihat dari mata bayi itu, punyai tiga potensi iaitu:
- Gagal. keadaan akan berlarutan dimana askar/polis akan diupah untuk membuat kacau. penjenayah akan dibiar bermaharajalela. dan lama kelamaan, rakyat akan putus asa untuk revolusi. sudahnya, Husni Mubarak kembali menstabilkan keadaan dan Israel kembali menari.
- Campur tangan kuasa luar. US dan Israel. Israel tidak akan berdiam diri jika Ikhwanul Muslimin dapat memimpin Mesir. Seorang juru cakap Ikhwanul Muslimin, Muhammad Ghannem, memberitahu agensi berita Iran berbahasa Arab, Al-Alambahawa kononnya jika Ikhwanul Muslimin berkuasa mereka akan menutup laluan Suez serta merta, memotong bekalan gas dari Mesir ke Israel, dan menyediakan rakyat Mesir untuk berperang dengan Israel.
- Ikhwanul Muslimin menerajui Mesir. Mesir akan menjadi kekuatan buat Palestin. Sekali lagi, US dan Israel tidak akan berdiam diri. mungkin akan terjadi perangsaudara ala-ala Iraq-Iran yang didanai kuasa luar.
p/s:dan tiga potensi diatas, hanya potensi yang aku fikirkan.mungkin beribu potensi boleh terjadi.

No comments:
Post a Comment