Kita dikejutkan dengan berita Mesir bergolak. Itupun atas dasar kepentingan 11000 lebih rakyat kita yang menuntut dan bekerja disana..bukan sehari dua mesir diramal bergolak. ramai sudah menjangkakan perkara ini. teringat kata-kata seorang ikhwah. Manusia ada limitasi untuk ditahan. Tidak boleh selamanya di batas dengan syariat manusia. Mungkin kata-kata ikhwah itu lebih mudah dicerna dengan insiden yang berlaku di Mesir dan Tunisia.. dan disebabkan betapa mudahnya perkara ini dicerna, nah terdengar beberapa soalan mudah seperti ini."bila lagi di malaysia?"
..................
kalian tahu,bagaimana revolusi di Tunisia bermula?kalian pernah dengar nama Tarek al-Tayyib Muhammad ibn Bouazizi? nama ini telah memulakan revolusi di Tunisia. Beliau merupakan graduan yang tidak mendapat pekerjaan di Tunisia. Dan ini merupakan gambaran biasa di tunisia. Lalu beliau mencuba untuk berniaga. Dan sekali lagi beliau dicuba. Beliau diugut oleh penguatkuasa dan barang jualan beliau dirampas oleh penguatkuasa. Tidak sekadar itu, beliau diludah dan arwah ayahnya dimaki oleh penguatkuasa perempuan dikhayalak ramai. Ini semua kerana beliau tidak mampu untuk memberi suapan kepada penguatkuasa tersebut. Kecewa dengan keadaan semakin kejam. Beliau bertindak membakar diri bagi mencelikkan mata rakyat Tunisia yang rakus ditidurkan pemimpin tirani. Dan selepas itu, revolusi Tunisia berlaku. Cerita yang lebih kurang sama alunannya bermain di Mesir. Dua rakyat marhaen membakar diri dihadapan parlimen Mesir atas desakan hidup yang semakin mencekik.berlainan dengan keadaan bangsawan yang semakin kaya...
.................
kalian sedar betapa mahalnya mahar sebuah revolusi? Bagi aku, di Malaysia belum masanya lagi untuk bicara perihal revolusi.aku tak rasa bilah perjuangan yang kita laungkan,terkena lukanya pada keluarga aku.belum tiba masanya. Dan dari Mesir,aku memikirkan beberapa persoalan yang susah untuk dijawab hari ini. Ikhwanul Muslimin bakal menerajui Mesir. Bagaimana reaksi US dan Israel? Adakah mesir bakal dijarah seperti Afghanistan dan Iraq? Bagaimana nasib pelajar yang masih belum habis belajar di Mesir? Dan keserabutan Mesir, adakah mempengaruhi harga minyak?
nice trial..,
ReplyDeletegood content..,
good issue..,
but...
tulisan kecik sangat..,
susah nanny nk bace..^^
owh.jazakallah:)akan ditambah baik.
ReplyDelete