sabtu lalu. aku berkesempatan untuk menyertai sukan biokom yang dianjurkan oleh rakan-rakan aku. dengan badan sihat tidak seberapa, aku gagahkan diri sebab amat tertarik dengan sukan yang dipertandingkan hari itu. paintball. siapa tak nak cuba kan kalau selama ni mengadap counterstrike je. memang semua excited pagi itu. dan paling excited aku dan rain. terpacak di extreme park pukul 8 tepat. walhal aktiviti bermula jam 9.30 pagi dan permainan pun bermula. aku nampak peserta ada pelbagai kelompok. kelompok pelajar dan pensyarah. boleh dibahagikan kepada sub kelompok lagi. pelajar ijazah dan post-graduate student. argh. pening pulak aku nk terangkan. aku nak sampaikan tak kira ar apa level kau, semua nampak excited pegang marker.(bukan marker pen, senapang). semua nampak muka macam budak-budak yang dapat senapang mainan. pensyarah juga tidak terkecuali:). dan aktiviti berjalan dengan lancar dan tiada sebarang kecederaan parah berlaku.(minor injury byk!) aku sendiri di das di peha kanan. sakit. sampai sekarang ada kesan. cuma dekat sini ada beberapa perkara yang aku nk kongsi.
- kehabisan peluru. aku memang tak tahu nk buat apa lagi. samada terus berlari atau berpura-pura ada peluru lagi.
- dikepung musuh. aku memang tak tahu nk buat apa lagi. samada terus berlari atau terus menembak liar kesemua arah.
walaupun peluru pallet, tapi aku tetap berfikir 10 kali untuk mendedahkan diri. dan aku terfikir saudara-saudara kita di medan perang. tak kisah di palestin, afghan, dimana sahaja, yang pelurunya bukan pallet.

No comments:
Post a Comment