Semalam aku menghadiri program santai ukhwah anjuran PEMBINA Shah Alam. Bertempat di Sendayu Camp River, Gombak, rehlah kali ini mengabungkan dan meraikan syabab-syabab dari UiTM Shah Alam, Puncak Alam, Sunway dan Monash University. Ada yang baru menghadiri pertama kali program seperti ini, ada yang sudah berkali-kali menghadiri. Tapi semua riak wajah sama bila melihat riak sungai. TERUJA. masing-masing teruja melihat deru air yang seakan memanggil untuk merasai sejuk nikmat. dan hati aku juga tidak terlepas dari di jemput riak sungai. Tak sedar, tiba-tiba kaki aku sudah separuh didalam sungai dan yang lain juga. ada yang sudah lencun. kami bermain polo air, tarik tali didalam air, dan sifir zikir. Permainan mudah namun ditambah riak sungai, memang seronok. Aku rasa macam sudah lama benar aku kenal susuk-susuk dari monash, sunway. Padahal baru sejam berkenalan. Kadang. Nama pun nanar. Tapi mungkin itulah yang digelar hati yang ditaut dengan tali akidah. Aku teringat saat pertama kali aku menghadiri daurah di UKM. ketika itu aku masih di matrikulasi. terlalu mentah. aku bukanlah pengikut "kami dengar dan kami taat".selalu sahaja alasan diberikan untuk tidak mengikuti program. tapi kali itu, aku kekeringan alasan untuk diberi. kali itu kami dengar dan kami taat. dan disitu aku bertemu buat pertama kali ikhwah dari matrik gopeng. matrik yang banyak melahirkan kader-kader cekal. mana tak cekal. keluar program ikut lubang dhob. saat itu aku merasakan ini bukan jalan untuk orang manja. dan di UKM aku belajar tautan ikhwah..penat memang penat. tapi penat di Jalan Allah lain penatnya. dan program-program seterusnya aku ikut dengan teman seperjuangan..dan kenangan ini merupakan ubat bagi jiwa aku yang merindui basah tarbiah..
No comments:
Post a Comment