Hari ahad pagi. aku terima satu panggilan. ringkas. "Assalamualaikum. Boleh kita bertemu? saya dari Universiti Malaysia Sabah. Sekarang di Perindu, kolej kediaman uitm shah alam" "oh.. maaf..saya dirumah. mungkin lain kali dapat kita bertemu. aku meletakkan telefon bimbit usang pinjaman adik aku dan terus meneruskan kerja ku yang tertangguh. TIDUR. selang beberapa minit, aku mendapat satu mesej, "maaf menganggu. sayang kita tidak dapat berjumpa. teruskan menyokong kami, SINERGI", dan aku tersentak. Ya Allah, ini mesej dari ikhwah. aku terus menaip mesej berpura-pura naif.."anta ikhwah sabah eh?" dan dibalas "ya, ana rusdi, yang baru bernikah di Kedah tempoh hari, sayang kita tidak dapat berjumpa, mungkin kita akan berjumpa di program-program" dan aku tersentak sekali lagi. soal ku terus. "anta tahun berapa?" dijawab mudah, "ana tahun dua sem empat, anta?" aku menjawab pantas "samala..yang bezanya ana belum walimah lagi" jawab ku berseloroh dan aku dinasihati supaya bersabar, masa itu akan tiba:) dan kami bertaaruf panjang pada pagi itu melalui telefon bimbit. pagi itu aku rasakan bermakna sekali. hati aku berbunga-bunga menerima mesej dari seorang yang aku tidak kenal rupa, suara namun aku rasakan terlalu rapat. mungkin ini yang dinamakan ukhwah yang disemai dari benih tarbiah. aku rasa diri aku wujud dengan ikhwah-ikhwah yang selalu mengambil berat akan keadaan ku. dan saat ini ku rasakan indah hubungan kerana Allah. dan malam itu aku memberi mesej buat peneman akh rusdi pulang ke Sabah.
Ya Allah, Tika Kau Hadiahkan Aku Sahabat,
Kau jadikanlah Hatiku Bersyukur Atas Kurniaanmu,
Kau Jadikanlah Hatinya Berlapang Dada Menerimaku,
Kau Jadikanlah Sahabatku Ini Sebagai Teman Seperjuanganku,
Peniup Semangat Jihadku,
Saling Membantu Memikul Amanah Dakwah AgamaMu
Kau Jadikanlah Ukhwah Ini Disemai Atas RedhaMu,
Teguhnya Atas Cinta Padamu,
Dilindungi Dari Maksiat dan Hal-Hal Yang Melalaikan Kami Dari Mengingatimu
Ya Allah.. Bahagiakanlah Hatiku Dan Hati Seluruh Sahabatku Dengan Cinta KepadaMu
Amin
p/s:doa diatas aku terima dari Akh Anuar, bukan karangan sendiri:)

erk..! teringat time dapat msg nie dlu..
ReplyDeletetp apakan daya, enset lama dah rosak.. segala msg2 dari ikhwah2 dlu tak dpt diturunkan kpd mutarabbi..