![]() |
| gambar ini tiada kene mengena dengan cerita dibawah. ini saat kami jaulah di ulu bendul:) |
surau dan masjid. itulah destinasi aku pada petang itu untuk melabuhkan Asar hari Khamis. Asar yang mendung. semendung perasaan yang aku tanggung. mungkin perasaan itu boleh menjadi hujan air mata jika aku tidak cukup kuat melangit di hati. terkenang kembali saat-saat bersama dengan seseorang. ya. ikhwah yang aku kenal kerana tautan akidah. pada pagi dan petang bertemu dibawah naungan Allah, bersatu dalam ketaatan dan perjuangan. bersama-sama jihad ke destinasi yang jauh, walau sedar dipoket kosong namun kerana wajah mu menenangkan, kita tetap melangkah bersama. apa kisah akan wang jika dihati ikhwah ada kasih pada diri ini lebih dari diri sendiri. sungguh indah tarbiah dari mu ya Allah..
عن عبد الله عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ يَقُولُ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ قُلُوبَ بَنِي آدَمَ كُلَّهَا بَيْنَ إِصْبَعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ الرَّحْمَنِ كَقَلْبٍ وَاحِدٍ يُصَرِّفُهُ حَيْثُ يَشَاءُ ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
Ertinya : Drp Abdullah Bin Amru Bin Al-‘As (r.a) , dia berkata : Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “ Sesungguhnya hati-hati keturunan Adam , kesemuanya itu di antara dua jari daripada jari-jemari Tuhan Yang Maha Pemurah , Dia boleh sahaja membolak-balikkan ke mana-mana sahaja yang disukai-Nya “ . Seterusnya Baginda s.a.w pun berdoa : “ Wahai Tuhan Kami Yang Maha Membolak-Balikkan hati-hati kami , arahkanlah hati kami ke arah ketaatanmu “ . ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim (rh) di dalam sahihnya , Kitab Al-Qadar :, Bab TasriflLah Ta’ala Al-Qulub Kaifa Yasha’ , No : 4654.
memang benar. petang itu aku memang terpukul dengan sekeping gambar di profile facebook seorang yang aku kenal. benar, masa merubah. sama ada lebih baik atau lebih buruk. aku nampak gambar dia bersama dengan jantina berlawanan. terlalu rapat. Ya Allah. aku tidak mahu menyangka buruk dengan ikhwah ini namun manusia cepat benar memberi justifikasi. dan aku terpukul dengan justifikasi yang aku buat sendiri. dan aku masih bersoal bagaimana beliau berubah dalam masa yang agak sekejap..dan aku terasa teramat lemah bila melihat sosok yang sentiasa menemani aku didalam tarbiah berubah..dan aku mengadu pada akh Anuar..dan dia membalas dengan doa “ Wahai Tuhan Kami Yang Maha Membolak-Balikkan hati-hati kami , arahkanlah hati kami ke arah ketaatanmu"..dan aku doakan dia berubah semula dan dalam masa yang sama dipelihara iman yang masih menyisa didalam diri aku..

No comments:
Post a Comment