Hari sabtu, malam maghrib aku memang akan solat di surau rumah aku. ini disebabkan aku pulang ke rumah pada setiap hujung minggu. setiap kali aku dipaksa oleh ayah ibu adik-adik aku untuk solat di surau.juga dipaksa dengan iman yang tersisa. Alhamdulillah. aku dapat sampai ke surau pada senja itu sebelum azan dilaungkan. tenang. ketika aku bersiap untuk merapatkan saf, aku ditegur oleh seorang orang tua disebelah aku. mulanya aku kurang fasih apa yang hendak disampaikan. jika aku tidak memakai cermin mata, secara automatik pendengaran aku berkurangan. dan aku terus merapatkan tumit kaki aku ke seorang orang tua disebelah aku. kali ini mesej yang dia sampaikan jelas. "SANA LA SIKIT.AKU DAH TERSEPIT NI!". aku pun melapangkan saf antara aku dan seorang orang tua disebelah aku.selapang dada aku.
" Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Surah Al-Nur: 23)
(Surah Al-Nur: 23)
dan ini cerita pasal lapang. juga disurau. diceritakan secara lisan. melalui perantaraan yang aku tsiqah. dan yang jelas penting mesej yang ingin disampaikan. ceritanya begini. di surau. ada sekumpulan usrah mungkin sedang liqo quran. mungkin. dan ada seorang T memerhatikan mereka. didalam usrah itu terdapat seorang yang sudah berumur. dan disisinya terdapat Quran.diletakkan rendah sedikit. lalu si T ini menegur secara hikmah supaya meninggikan sedikit Quran itu. lalu seorang yang sudah berumur itu membalas "inilah orang kita,terlalu hormat dengan Quran, fahamnya tidak"..mungkin macam itulah..alangkah indahnya berlapang dada. selapang saf yang aku berikan pada seorang orang tua disebelah aku.

No comments:
Post a Comment