Thursday, March 3, 2011

kepala saya bukan sami gangsa..

Malam tu macam malam-malam biasa. Malam orang bujang. Yang mana cuma malam tu ada test. test yang benar-benar mencuba keimanan aku untuk menjeling. entah. selalu dalam kelas aku tak pernah nafsu untuk menjeling. Alhamdulillah, aku berjaya menghabiskan soalan dengan rasa enak tidak enak. perasaan yang sukar untuk aku gambar mahu aku lukiskan. ini kerana bukan persoalan itu yang aku ingin kongsi bersama kalian. selepas test, aku dan yang lain berfutsal. sudah lama tidak futsal berbayar. agaknya ligamen dan segala urat berselirat menyebabkan aku gagal berfungsi sebagai perancang utama. fine. aku jarang main. tapi berpeluh juga aku. baju aku dapat diperah peluhnya. ya dan aku berpeluh. dan kaitan masukan kali ini ialah, wahai pemuda-pemudi!berpeluhlah! ini kerana kekuatan jasmani(qowiyyul jismi) merupakan salah satu sisi sudut muslim yang perlu ada. Kekuatan jasmani berarti seorang muslim memiliki daya tahan tubuh sehingga dapat melaksanakan ajaran Islam secara optimal dengan fisiknya yang kuat. Solat, puasa, zakat dan haji merupakan amalan di dalam Islam yang harus dilaksanakan dengan fisik yang sehat atau kuat, apalagi perang di jalan Allah dan bentuk- bentuk perjuangan lainnya. Oleh karena itu, kesehatan jasmani harus mendapat perhatian seorang muslim dan pencegahan dari penyakit jauh lebih utama daripada pengobatan. Meskipun demikian, sakit tetap kita anggap sebagai sesuatu yang wajar bila hal itu kadang-kadang terjadi, dan jangan sampai seorang muslim sakit-sakitan. Kerana kekuatan jasmani juga termasuk yang penting, maka Rasulullah Saw bersabda yang ertinya: Mu’min yang kuat lebih aku cintai daripada mu’min yang lemah’ (HR. Muslim). tapi aku lihat banyak pemain futsal menghisap rokok selepas berpeluh untuk menyihatkan badan. ada sesiapa boleh jelaskan?

No comments:

Post a Comment