sekarang ni, pelbagai trend atau fesyen aku dapat lihat di fakulti. ketaranya pasti pada Hawa. samada mereka memang berderia rasa fesyen tinggi atau lemah untuk menjadi mangsa fesyen. diciptakan Hawa dengan perasaan untuk dilihat. cantik. tudung juga tidak terlepas dari evolusi lilit melilit. gunung mengunung. unta mengunta. tinggal lagi dada tersembul. memang macam inilah pemakaian wanita muslim di fakulti aku. yang sering kali memperkosa rakus dua anak mata aku. (teremosi pula). pemakaian macam ini sering kali dilihat seperti arus semasa dan dinilai Islam sebahagian besar pelajar. hakikatnya, pemakaian seperti ini jauh dari Islam. Sejauh tudung dikepala dan dada mereka.
petikan 2:
kalau dulu, agak payah untuk aku melihat gerai atau kedai-kedai yang menjual pakaian muslimah. tudung labuh, baju longgar. tetapi kini agak mudah sehingga kan baju berenang muslimah juga ada. mereka yang berusaha menepati suruhan Allah juga semakin ramai dengan memakai tudung yang melabuhkan dada mereka. entah dari mana mereka datang. tahu-tahu sahaja kalau berjalan beriringan pasti dalam dua atau tiga orang. ramai. dan diantara ikon artis dewasa ini yang bertudung labuh ialah Oki Setiana Dewi. Manis. tudungnya juga tidak kusam. masih berderia fesyen. mungkin ini trend atau fesyen atau semata-mata mengharap redha Allah, tepuk dada tanya iman.
![]() |
| comel? |
soalan 1:
apakah argumentasi penulis didalam petikan 1 dan petikan 2?
soalan 2:
petikan 1 atau petikan 2 yang valid? terangkan.
P/s:ini efek akibat gagal menjawab
bel dengan baik.

oki sentiana dewi.. oh..! semoga mnjadi ikutan gadis2 yg mnonton kcb..
ReplyDelete